Betul juga apa yang  Imam Muda Asyraf kata: wanita Melayu nie jika  tak pakai telekung putih tak sah solatnya ke? 

JR tertarik dengan cerita imam muda itu yang berkunjung ke Indonesia, di mana dia melihat ramai wanita yang tidak menutup aurat (termasuk bermini skirt) yang masuk ke surau dan memakai telekung yang disediakan, lalu mengerjakan solat. Imam muda Asyraf terpegun: MEREKA TIDAK MENUTUP AURAT, TAPI TIDAK TINGGALKAN SOLAT!!..

JR tertarik dengan cerita imam muda itu yang berkunjung ke Indonesia, di mana dia melihat ramai wanita yang tidak menutup aurat (termasuk bermini skirt) yang masuk ke surau dan memakai telekung yang disediakan, lalu mengerjakan solat. Imam muda Asyraf terpegun: MEREKA TIDAK MENUTUP AURAT, TAPI TIDAK TINGGALKAN SOLAT!!..
Kemudian Imam Muda Asyraf bercerita pula tentang kunjungannya ke  Brunei. Ketika mengimamkan solat, imam muda itu perasan belakangnya  ramai makmum terdiri dari remaja lelaki dan perempuan.  Yang lelaki  kebanyakannya memakai  jubah. Namun selesai salam kebanyakan si lelaki  menanggalkan jubah dan mengenakan seluar pendek! Tapi sesuatu yang pasti  MEREKA TIDAK TINGGALKAN SOLAT!! 
Lain pula halnya bila Imam Muda Asyraf pulang  ke Malaysia... Ketika  melalui surau di tingkat 8, Time  Square Kuala Lumpur dia melihat  sekelompok remaja  lelaki dan perempuan   sedang menunggu rakan mereka di luar surau (perempuan bermini  telekung). Dia bertanya kepada mereka, kenapa mereka  tidak  solat sekali  dengan rakan-rakan yang lain? Agak menakjubkan jawapan   mereka: 
Si lelaki mengatakan ia berseluar jeans. Di  dalam surau tiada  kain pelikat katanya. Yang si perempuan  pula berkata: saya tak membawa  telekung (putih). Lagipun telekung di dalam  surau tu dah  terlalu  kuning dan lusuh warnanya, macam mana nak solat?
Apa yang  dikatakan oleh Imam Muda Asyraf memang benar: tak pakai telekung putih  tak sempurna ke solat? Sebenarnya pemakaian telekung itu bukanlah   syarat sahnya solat  seseorang wanita.  
Kebanyakan  wanita muslim di dunia tak pernah mengenal erti telekung. Muslimah di  China, India  mahupun Timur  Tengah dan Eropah, kebanyakannya bersolat  tanpa memakai telekung putih. Di Iran yang terkenal dengan hukumannya  yang keras dalam pemakaian wanita pun, bila bersolat sebahagian  muslimahnya tak memakai telekung bewarna putih:
  | 
Sebenarnya  syarat dalam pakaian solat  adalah cukup dengan  menutup aurat dan  hendaklah pakaian itu bersih dari  sebarang najis. Telekung berwarna  putih  bukan menjadi syarat sahnya solat. Andainya seorang wanita itu  berpakaian baju  kurung atau pakaian yang  menepati syarat aurat,  walaupun ianya berwarna  warni, maka tetap sah  solat mereka. Ini kerana  aurat wanita ketika solat sama saja  seperti aurat wanita di  luar  waktu solat.Yang penting ialah menutup aurat:


 