Hebatnya Melayu: Setiap 15 Minit 1 Perceraian

Melayu memang hebat!!!  Ya lah, mana tak hebat: Melayu juara hisap dadah, Melayu juara buang anak, Melayu juara merempit, Melayu juara meragut, Melayu juara ketagih rasuah, Melayu juara....banyak lagi yang negatif Melayu adalah juaranya..

Dan ini ada satu lagi mengenai Melayu - juara cerai:

http://republika.co.id:8080/images/news/2009/02/20090225041240.jpg

PUTRAJAYA: Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan, berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

"Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul : Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di sini hari ini.

(Sumber: Star Online)

JR: Seperti kata Dr Mashitah, salah satu punca perceraian ialah kerana umat Islam kurang penghayatan agama, termasuk mengabaikan solat lima waktu.

Eh, korang dah solat isyak ke? Dah hampir dinihari pasti dah solat kan? Jika belum kerana terlalai, apa tunggu lagi, pergi cepat menunaikannya!!

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments