
Tau  ke korang, terdapat aroma-aroma tertentu di dunia ini yang boleh  menyebabkan wanita dikejar lelaki atau lelaki dikejar wanita? 
Aroma-aroma  tertentu ini jika dihidu boleh saja tiba-tiba meningkatkan nafsu sex  lelaki atau nafsu sex perempuan. Oleh itu tolong jangan salah guna  aroma-aroma ini. Pompuan yang belum kahwin tolong jangan guna  aroma-aroma ini, takut tak cukup kaki korang akibat dikejar jantan  sepanjang jalan!! Begitu juga lelaki bujang tolong hindari aroma-aroma  ini, takut puluhan pompuan mengejar korang, sedangkan korang cuma boleh  kahwin empat!!
Tapi  kalau korang lelaki dan pompuan yang dah kawin tu, okey lah, jika  korang nak guna aroma-aroma ini untuk menarik suami/isteri korang  mendekati korang, terutama di malam hari di musim hujan yang seringkali  sangat-sangat dingin ini...
Mengikut kajian Dr Rachel Herz dari Brown University, Chicago mendapati beberapa aroma berfungsi bagitu kuat dalam menentukan daya tarikan seksual seseorang.
"Kajian  saya  menunjukkan bahawa ketika seseorang dihadapkan pada suatu aroma  yang disukainya, mereka lebih cenderung memiliki perasaan positif pada  orang-orang berlainan jenis disekitarnya yang menyebabkan peningkatan  daya tarik," ujar Dr Herz.
Menurutnya  aroma tertentu itu akan meningkatkan oksigen di otak yang mempengaruhi  emosi, sikap, bilangan  hormon dan energi seseorang yang memberi kesan  pada daya tarikan seksualnya.
Aroma Yang Boleh Menaikkan Nafsu Sex Lelaki:
Mengikut Dr Herz aroma tertentu boleh meningkatkan aliran darah ke organ seksual lelaki sehingga hampir 40 peratus, iaitu:
- Lavender
 - Labu ranum
 - Donat
 - Licorice (sejenis pemanis berwarna hitam).
 
Aroma Yang Boleh Menaikkan Nafsu Sex Perempuan:
     1.  bau bedak bayi
     2.  bau kopi
     3.  bau  lavender 
     4.  bau-bau lain seperti vanilla, barbaque dan cherry
     5.  bau cucian  laundry
     6.  bau lotion 
     7.  bau rumput yang baru dipotong!!
(Sumber: CNN News 12.3.11)
