Satu  masa dulu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) selalu  membuat serbuan ke premis kedai video, pasaraya dan pasar malam yang  menjual video lucah. Menjual, mengedar dan memiliki video lucah adalah  satu kesalahan jenayah di negara ini, mereka yang melakukan kesalahan  menjual dan memiliki video lucah boleh didenda  antara RM10,000 hingga  RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau  kedua-duanya sekali  mengikut Seksyen 5, Akta Penapisan Filem 2002  membabitkan filem lucah  atau bahan publisiti filem lucah.
Tapi semalam video lucah telah ditayangkan untuk tatapan mereka yang berada di Parlimen!
Video lucah di tayangkan di Parlimen? Baca ini:
Rakaman video seks ‘sebar’ di Parlimen
 March 21, 2011
KUALA  LUMPUR, 21 Mac – Rakaman video seks menunjukkan seorang  pemimpin kanan  Melayu mengadakan seks dengan seorang wanita, dipercayai  pelacur dari  China, dipertontonkan di ruang rehat ahli-ahli Parlimen  selepas  disaksikan oleh wakil-wakil media pagi tadi.
Ia  ditunjukkan menerusi komputer riba milik seorang kakitangan  Parlimen  di ruang merokok dan disaksikan oleh beberapa wakil rakyat  Barisan  Nasional (BN) dengan pemberita-pemberita dari portal online  milik Umno.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, video klip itu terbahagi kepada empat bahagian(Sumber: Malaysian Insider)
Nak  tergelaknya JR dengan berita itu, macam tak percaya pula bahawa  Parlimen sebagai institusi tertinggi dalam sistem demokrasi negara  dijadikan arena untuk menayangkan filem lucah! Bukankah Akta Penapisan  Filem 2002 yang melarang penyebaran video lucah itu telah diluluskan  oleh Parlimen, tapi mengapa pula video lucah dibenarkan ditayangkan di  Parlimen sendiri - institusi yang melarang penyebarannya. Pelik sungguh!
Apakah  bila video lucah boleh ditayangkan di Parlimen, ketika difahamkan  Menteri Dalam Negeri sendiri berada di Parlimen ketika itu, kita boleh  membuat andaian video lucah kini TIDAK dilarang lagi penyebarannya?
Apapun,  bagi mereka yang mau menonton video lucah, korang boleh pergi ke  Parlimen, kerana mungkin hari ini ada lagi tayangan perdana video lucah  di sana, seperti semalam. 
Jangan lupa: jom ke Parlimen menonton tayangan perdana video lucah percuma!!!

