Hari ini adalah hari terakhir untuk sesiapa yang dikenakan saman trafik melunaskan bayaran. Pilihanraya semakin dekat dan kerajaan sangat memerlukan wang korang, oleh itu jangan lupa membantu kerajaan! Jika tak bayar, JPJ kata: siap korang, korang akan disenarai hitamkan!! Biarpun tindakan menyenarai hitamkan mereka yang dikenakan saman ekor bertentangan dengan undang-undang seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Kucing pada 2007, tapi mengapa perlu dihormati undang-undang?
Hari ini adalah hari terakhir untuk menjelaskan saman trafik. Tapi seruan supaya jangan bayar saman ekor terus berkumandang di seluruh negara. Dan hari ini, Jawatankuasa Anti saman Ekor (KASE) berjanji untuk membantu mereka yang dikenakan saman ekor jika kes mereka dibawa ke mahkamah.
Baca selanjutnya:
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.
"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa (disenarai hitamkan)). Kemudian bawa insurans dan surat (pengarah JPJ) itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.
Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.
Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah SALAH mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2007.
Dalam kes itu hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist. Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," katanya. (sumber: Harakahdaily)
JR: Amacam, ada yang berani lawan ke arahan JPJ yang tidak selaras dengan peruntukan undang-undang tu?