
Penglibatan  famili KRU dalam pembikinan gambar/video lucah bukan perkara baru.  Beberapa tahun dulu pernah heboh mengenai gambar aksi lucah membabitkan  sesusuk tubuh yang menyerupai Edry KRU dan Linda Rafar. Tapi  kedua-duanya menafikan ketulenan gambar itu yang didakwa mereka dibuat  menerusi teknik superimpose. 
Lepas  itu sekitar 2008 dunia hiburan Indonesia dan Malaysia dihebohkan pula  oleh kisah Yusry KRU meraba payudara  artis Indonesia Revilina S.Temat  yang boleh disaksikan dalam satu rakaman video.
Dan hari ini tersiar pula berita dalam Kosmo mengenai kemungkinan Yusry  KRU akan dilibatkan dalam penyiasatan video sex yang dikatakan  membabitkan seorang tokoh pembangkang dan seorang wanita Cina. 
Menurut Kosmo, pasukan penyiasat  Polis kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa itu bagi membantu Polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Baguslah jika Yusry KRU menjadi juru khidmat polis bagi menyiasat kes video sex tokoh pembangkang itu. Pakar profesional seperti Yusry memang sesuai menyiasat hal-hal sedemikian kerana Yusry sendiri pernah terlibat dalam video kurang manis dengan Revilina S.Temat  dan saudaranya pula Endry juga pernah melalui hal yang sama. Lagi pun  sebelum siasatan bermula lagi, Yusry dikatakan telah memberi komen ke  atas video sex tukoh pembangkang itu dengan berkata "adalah hampir mustahil untuk melakukan superimpose ke atas wajah seseorang dalam sebuah video yang bergerak".
Hukuman  sudah dijatuhkan oleh Yusry sebelum siasatan dibuat terhadap video sex  itu. Jadi amatlah molek benar jika Polis mengambil Yusri untuk mengadili  kes ini. Kerja Polis akan jadi lebih mudah dan cepat!!
  
