Dah agak dah...mesti hangat-hangat tahi ayam punya!!
Sebelum 28 Februari 2011 bukan main riuh dalam media tarikh akhir bayar saman trafik ialah pada 28 Februari. Ketua Trafik PDRM Bukit Aman, Datuk Aziz Yusuf dengan tegasnya semalam berkata tiada maaf bagi 17.3 juta mereka yang tak bayar saman sebelum 28 Februari 2011. Semua 17.3 juta yang terbabit akan disenarai hitamkan!!
Tapi tiba-tiba sebentar tadi Menteri Dalam Negeri membuat pengumuman tempoh bayaran saman trafik dilanjutkan hingga 10 Februari dengan diskaun 50%.
Mengapa dilanjutkan? JR kira sekurang-kurangnya ada 3 sebab mengapa saman trafik dilanjutkan:
i) Kerajaan perlukan wang dari 17.3 juta pesalah trafik yang belum bayar saman. Bayangkan jika satu saman bernilai RM50, kerajaan akan dapat RM865 juta. Itu jika RM50, jika RM100 atau RM150 satu saman berapa kerajaan dapat?
ii) Memberi peluang kepada orang ramai termasuk kaum kerabat VVIP untuk bayar saman dan mengelakkan mereka dari disenarai hitam. Mana boleh kaum kerabat VVIP di senarai hitam, kan?
iii) Memberi peluang kepada pengundi-pengundi Pilihan Raya Kecil Kerdau dan Merlimau membayar saman. Rugilah kerajaan jika pengundi-pengundi Kerdau dan Merlimau kena saman, tentulah mereka tak mau undi parti kerajaan!!
Itu tekaan JR saja....kerajaan tentu tak akan kata begitu, mana boleh kata begitu!! Kerajaan tentu kata hendak beri peluang kepada pesalah trafik yang tak berpeluang bayar dalam tempoh ditetapkan untuk berbuat demikian.. Hahaha... sibuknya orang Malaysia, bagi tempoh berbulan-bulan masih tak sempat!!