PEMENANG kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-83, Melissa Leo memohon maaf di atas keterlanjurannya menggunakan perkataan 'fuck' ketika berucap pada anugerah berprestij yang berlangsung di Kodak Theatre, Hollywood, Ahad. Leo yang memenangi kategori tersebut menerusi filem The Fighter berkata, keterujaannya menggondol anugerah tersebut buat julang kalinya sepanjang bergelar pelakon menyebabkan dia begitu gembira sehingga terlepas perkataan itu dalam ucapannya.
Sedar akan keterlanjuran itu, Leo yang ditemui di belakang pentas selepas itu memohon maaf kerana menggunakan perkataan lucah di dalam acara siaran langsung itu.
(Sumber: star online) JR: Peribahasa Melayu ada berkata: "Terlajak perahu boleh diundur, terlanjur kata buruk padahnya". Kalau di Malaysia mungkin anugerah itu akan ditarik balik, tapi di negara mat salih lain pula.....