Laa...Sekarang Dah Tak Boleh Bayar Bil Air Kat Pejabat Pos Pula!!

La....macam tu pula! La ni dah tak boleh bayar bil air kat Pejabat Pos lagi? Kalau nak bayar bil air kena bayar kat pejabat bekalan air, TNB atau Telekom? Ini betul-betul menyusahkan rakyat tau?




















Pada pandangan JR, tak patutlah syarikat bekalan air tu buat gitu. JR yang duduk kat bandar ni tak apa juga, boleh bayar bil air kat pejabat TNB, Telekom atau pejabat bekalan air, tapi orang-orang kampung yang tinggal kat Yan, Gurun, Baling, Sik, Naka dan lain-lain tu cam na? Ada ke pejabat SADA, TNB dan Telekom di tempat mereka? Kalau ada tak pa la, kalau tak ada?

Mulai semalam, Syarikat Air Darulaman (SADA) yang mengawal bekalan air di Kedah membuat keputusan untuk menghentikan bayaran bil air melalui Pejabat Pos kerana Pejabat Pos telah menaikkan komisyen 20 sen bagi setiap bil dari 70 sen kepada 90 sen, yang selama ini ditanggung oleh SADA.

Selama ini JR membayar bil air, letrik dan telekom serentak di Pejabat Pos. Mudah, sekali pergi saja ke Pejabat Pos, 3 bil dibayar sekali gus. Nampaknya mulai bulan ni, lepas bayar bil letrik dan telefon di pejabat Pos, terpaksa pula menapak ke SADA untuk bayar bil air. Menyusahkan betul!!

Bagi JR, JR lebih rela membayar komisyen 20 sen itu kepada Pejabat Pos dari merangkak pula ke SADA lepas tu yang membazirkan masa dan membuang petrol saja. 

Dunia oh dunia....Gajah sama gajah berperang, pelanduk mati di tengah-tengah!

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments