Korang  minat tak dengan pelakon Jackie Chan? JR suka cara dia berlakon dalam  babak-babak aksi yang seringkali diselangi dengan adegan lucu. Dan hari  ini, Jackie, 56 tahun, meninggal  dunia akibat serangan jantung. Takziah kepada keluarga Jackie Chan!!
Seperti  kata Presiden Amerika Syarikat,      Barack Obama,  "Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan  imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang  lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini  kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula."
Sebelum  ada peminat filem kungfu yang menitiskan air mata atau pengsan  mendengar berita kematian Jackie, baca seterusnya berita ini:
NEW DELHI: Bintang filem  legenda Hong Kong Jackie Chan, 56,  menjadi mangsa terbaru laman sosial Twitter apabila berita mengenai  kematiannya ekoran serangan jantung tersebar luas di Internet, Isnin.
Menurut laporan yang dipetik  daripada ibnlive.com, khabar angin itu  tersebar apabila sebuah artikel palsu yang menggunakan nama CNN telah  dimuatnaik oleh seorang penulis blog bergelar Skiphopz.
Susulan artikel berjudul 'Jackie  Chan Meninggal Akibat Serangan  Jantung' itu, laman Twitter telah dibanjiri limpahan ucapan takziah  daripada kalangan peminat.
Laporan itu turut memaparkan ucapan  palsu Presiden Amerika Syarikat,  Barack Obama berhubung kematian Chan yang berbunyi:
"Jackie Chan seorang lelaki berbakat  besar dan begitu sinonim dengan  imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang  lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini  kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula."
Chan yang masih hidup bagaimanapun  dilaporkan bakal muncul dengan  filem terbaru iaitu 1911, tahun ini.
(Sumber: star online)
(Sumber: star online)
