
Apalah  Anuar Zain ni, tak kan kerana nak jaga populariti sanggup cakap macam  tu? Nama Anuar Zain tu mirip nama orang Islam tapi bila bercakap macam  tu, ia sangat menyeramkan JR.
Ada ke demi peminat, Anuar Zain, jejaka bujang lapok yang dah berusia 41 tahun tu berkata  dia  "RELA  diperlakukan apa sahaja oleh peminatnya sekalipun aksi  tersebut kurang disenangi segelintir pihak" (orang Islam lah tu maksudnya). 
"Sebagai penyanyi, mereka (peminat) adalah keutamaan saya. Saya rela  diperlakukan dengan apa juga reaksi spontan mereka," jawabnya sambil  menguntumkan senyuman. Anuar yang akan muncul dalam Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 6 April depan menyatakan demikian kepada wartawan ketika diminta mengulas reaksi peminat dalam Minggu Setiausaha tahun lepas yang memeluk, menggomol dan menciumnya. 
"Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih boleh  dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas,"  kata Anuar dalam kenyataannya yang korang boleh baca dalam Star Online di sini...
 Eh,  ada ke pula, memeluk, mencium dan menggomol yang bukan muhrim tu "tidak  melanggar batas" seperti kata Anuar? Ada mazhab baru ke yang membenarkan  orang Islam berlainan jenis yang bukan muhrim boleh mencium, memeluk  dan menggomol dan itu masih dianggap "tidak melanggar batas"? Habis yang  melanggar batas tu cam na yer? Kalau ada yang memperkosa, merogol dan  membunuh baru dianggap "melanggar batas?".
 Entahlah...mungkin  JR agak konservatif dalam hal-hal pergaulan lelaki-pompuan yang bagi sesetengah orang (termasuk Anuar) nampak macam "tak melanggar batas" tuu....

