Tips Diet Tanpa Lapar: Sapa Nak Kurus MESTI Baca!!

Korang menghadapi masalah berat badan? Puas berdiet dan menahan lapar tapi masih montel? Perut menggelember biar hari-hari cuma makan nasi sesenduk saja? Jangan bimbang, JR ada tips untuk korang!!

Dr Melina Jampolis seorang ahli gizi dari San Fransisco menyatakan ada beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa lapar korang:






1. Lebihkan makan makanan berkalori padat berbanding kalori cair
Pakar diet menyatakan bahwa makanan padat telah terbukti lebih mengenyangkan berbanding makanan cair. Misalnya kajian  yang dilakukan oleh  Dr Barbara Rolls menunjukkan buah epel lebih mengenyangkan berbanding jus epel. Jadi meskipun buah epel dan jus epel memiliki kalori yang sama, seseorang akan merasa lebih kenyang jika memakan buah epel dan bukan jusnya.

2. Mengurangkan pengambilan minuman manis dan juga alkohol

Korang pasti tak minum alkohol, tapi minuman manis tentu korang suka kan? Cubalah mengurangkan pengambilan minuman manis kerana ia tidak akan membuat seseorang merasa kenyang sebaliknya boleh memicu seseorang makan lebih banyak.

3. Pengambilan serat yang larut dalam air

Makananan berserat memainkan peranan  penting dalam memberikan perasaan kenyang. Hal ini kerana makanan berserat membentuk gel ketika bercampur dengan air di dalam perut yang akan memperlambat  penyerapan gula dalam darah dan seterusnya  membantu membentuk hormon rasa kenyang. Sumber serat yang larut dalam air seperti gandum, buncis, epel, strawberi, wortel, oat, anggur, limau, pir dan buah plum.

4. Pengambilan protin

Protein merupakan komponen penting dalam penjagaan berat badan kerana ia  menimbulkan rasa kenyang berpanjangan. Ini kerana protein dapat memicu pengeluaran hormon rasa kenyang dan seterusnya membantu mengawal kadar gula dalam darah supaya sentiasa stabil sehingga ia dapat mengawal rasa lapar. Antara sumber protin yang baik ialah ayam tanpa kulit, ikan, daging merah tanpa lemak, susu  rendah lemak dan putih telur.

Selamat berdiet dari JR!!

(Sumber maklumat: CNN News 12/3/2011)

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments