Gampang bangat untuk dapat uang!! (JR pinjam Bahasa Indonesia bererti mudah sangat untuk dapat wang...) Yeah, mudahnya nak dapatkan RM9,000!! Korang yang berhajatkan RM9,000 tunai cuma perlu membeli sebilah pisau, bawa ke sini dan kemudian terjahkan pisau itu di....
Tapi sanggup ke korang lakukan perkara ini:
Polis menahan seorang lelaki di La Mesa, California, Amerika Syarikat kerana disyaki mencuba mengupah seseorang untuk membunuh teman lelaki anak gadisnya yang berusia 19 tahun.
Domingos Oliveira, 50, ditahan Jumaat lalu oleh sepasukan polis California selepas polis menerima laporan daripada anak gadis Oliveira yang berusia 19 tahun dan teman lelakinya selepas mereka menemui beberapa poster yang dikeluarkan oleh Oliveira yang menawarkan wang hadiah sebanyak $3,000 kepada sesiapa yang berjaya membunuh teman lelaki anak gadisnya "hidup atau mati". Poster itu dipasang sekitar kampus Kolej Grossmont tempat teman lelaki anak gadisnya belajar sejak dua minggu lalu.
Menurut polis, poster itu turut memaparkan nama dan foto teman lelaki anak gadis Oliveira yang didakwanya bekas pesalah seksual. Hal itu turut disahkan oleh polis selepas menyiasat rekod teman lelaki anak Oliveira yang memang merupakan pesalah seksual .
Oliveira kini ditahan sementara menunggu siasatan lanjut polis.
Ketika membaca berita ini JR tertarik kepada komen seorang pembaca yang berkata, jika perkara itu berlaku kepada anaknya yang berkawan dengan pesalah seksual, dia tidak akan mengupah orang untuk membunuh teman lelaki anak gadisnya, kerana dia sendiri akan membunuh lelaki itu!!!
(Sumber asal berita: wsbt.com)