Tak  dapat dinafikan Melayu memang hebat. Mana tak hebatnya, bukankah di  negara  bertuah ni Melayu adalah juara segala-galanya: Melayu juara  ketagih dadah, Melayu juara ketagih sex, Melayu juara ketagih rasuah,  Melayu juara peragut, Melayu juara ketagih kuasa, Melayu juara rempit,  Melayu juara buang anak tepi jalan dan Melayu juara dotdotdotdot...
Dan hari ni JR dapat tau ada Melayu yang hampir sama hebat dengan David Copperfield.  Korang kenal kan David Copperfield? David Copperfield adalah ahli silap  mata atau magician yang paling hebat di dunia. Dia pernah berjalan  menembusi Tembok Besar Cina dan menghilangkan tembok itu dari  penglihatan orang ramai. Dia juga pernah menghilangkan patung liberty  (statue of liberty) di New York yang terkenal itu.
Tapi  tau kah korang, ada orang Melayu yang sehebat David Copperfield yang  mampu menghilangkan satu objek besar? Orang sehebat David Copperfield  itu wujud di Perlis, dia dapat menghilangkan sebuah rumah!!  Mungkin satu hari nanti orang ini jika dapat mempertajam bakatnya dapat  menghilangkan pula rumah Menteri Besar Perlis, siapa tau?
Korang bacalah berita mengenai kehebatan Melayu yang dapat menghilangkan rumah di bawah ni: 

ROSNI menunjukkan pelapik tiang dan kayu yang tinggal selepas rumah itu dikebas orang  di Kampung Bakau, Kangar . 
KANGAR – Setelah lima bulan tidak mendapat duit sewa, seorang pemilik  rumah tergamam apabila mendapati kediamannya itu ‘lesap’ dipercayai  dilarikan penyewanya di Kampung Bakau di sini baru-baru ini.
Pada mulanya, pemilik rumah tersebut, Zuria Ali, 30, tidak  mempercayai berita orang kampung yang memberitahu rumah papan dua  tingkat itu ‘lesap’.
Dia yang tinggal di Perak kemudian  balik ke Kampung Bakau pada Jumaat  lalu dan terkejut apabila melihat rumahnya betul-betul sudah tiada  (hilang). Apa yang tinggal di tapak rumah itu hanyalah 24 pelapik tiang,   cebisan papan buruk yang berselerak dan televisyen yang sudah rosak  manakala bahagian bumbung, dinding papan dan tiang rumah sudah dikebas.
Cerita Zuria, banyak perkakas dalam rumah miliknya turut dikebas  antaranya pinggan mangkuk, almari, perabot, meja makan dan  peti sejuk.
“Saya mengesyaki penyewa sebelum ini terlibat membawa lari rumah saya  selain tidak membayar sewa,” katanya yang kemudian membuat laporan  polis.
Sekarang korang setuju dengan JR kan: Melayu sungguh hebat!!

