Ramai  yang trauma selepas menjadi mangsa rompakan. JR memahami situasi  ini  kerana pernah merasainya selepas rumah dipecah masuk. Tapi kadang-kadang  di sebalik musibah ada hikmah yang Tuhan turunkan..... 
Ian Petrie bersama ibunya Anne
Di  Bristol, UK, seorang lelaki, Ian Petrie mengucapkan syukur kepada Tuhan  kerana dia dirompak. Pada tahun lepas Ian dirompak oleh 4 orang penyamun  yang kemudian mencederakan kepalanya. Ian lepas itu pergi ke sebuah  hospital untuk mendapatkan rawatan. Di hospital tersebut, doktor yang merawatinya mengesan ketumbuhan  sebesar 2cm di dalam otak Ian.
Ian yang berusia 33 tahun  kemudian menjalani rawatan. Dia kini telah sembuh selepas menjalani  pembedahan membuang ketumbuhan itu yang boleh membawa maut jika lambat  dikesan. Syukurlah kerana dirompak, jika tidak   Ian mungkin tidak tahu  ada ketumbuhan di dalam otaknya. 
Apa jadi dengan perompak-perompak yang "baik hati"  kerana telah "menyelamatkan" otak Ian itu? Keempat-empatnya didapati  bersalah oleh mahklamah kerana merompak dan dikenakan penjara 4 tahun....
(Sumber berita:Australian News & Search Aggretor)
