Kata orang tsunami yang dahsyat itu adalah seperti kiamat kecil: laut bergelora, langit tiba-tiba kelam, bangunan hancur dibaham gelombang, manusia mati berkaparan. Itu baru tsunami.. baru kiamat kecil, bayangkan jika kiamat besar, kiamat sebenar!!
Dan jika korang orang Sabah dan Labuan, sila ambil perhatian amaran Jabatan Kajicuaca Malaysia ini: sila hindari kawasan pantai Sabah dan Labuan kerana ombak besar mungkin akan melanda pantai Sabah dan Labuan dari sekarang hingga 12.00 tengah malam ini. Ia berlaku akibat gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter yang berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun petang tadi. Gempa bumi sungguh kuat di Jepun itu mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.Serammmm...
Kiamat kecil di Jepun...air laut menerjah bangunan..
Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air. Dahsyat!!
Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar benteng penahan ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi. Ini menyebabkan air laut menerjah masuk ke daratan hingga banyak bangunan runtuh dan kenderaan ditelenggami air.
Bayangkan Jepun yang mempunyai alat pengesan gempa dan tsunami yang sangat canggih teknologinya itu tapi masih gagal memberi amaran awal kehadiran bencana alam itu kepada penduduknya. Mengapa sistem itu gagal memeberi amaran awal? Ini kerana seperti firman Allah, "Kun Faya Kun..", (bila aku kata jadi, maka jadilah). Sistem secanggih mana pun, teknologi sehebat manapun sebenarnya tak dapat menandingi kekuasaan Allah, bila Dia telah tentukan gempa dan tsunami akan berlaku, benteng penahan ombak juga tidak berjaya melakukan apa-apa....