
Berita buruk untuk lelaki: Mengikut satu kajian, lelaki yang lahir selepas tahun 1980 tidak segagah seperti lelaki yang lahir pada tahun-tahun sebelumnya.
Mengikut satu kajian yang dibuat di Turku, Finland, pengeluaran sel sperma lelaki makin berkurang dari masa ke masa, berpunca dari peningkatan pencemaran bahan makanan dan persekitaran. Kesannya tidak hanya mengurangi kesuburan, tapi juga meningkatkan risiko kanser prostat dan lemah tenaga sex pada lelaki.
Kajian yang dilakukan pakar-pakar dari University of Turku   di Finland menunjukkan, jumlah sel sperma lelaki mulai berkurang sejak   akhir dekad 1970-an. Hanya dalam tempoh 10 tahun saja, jumlah sperma  yang  diproduksi para lelaki mengalami penurunan yang ketara sekitar 30  peratus.
Kajian  yang dilakukan di Finland itu mencatatkan jumlah sperma yang dihasilkan lelaki kelahiran tahun 1979-1981 masih sekitar 227 juta/ml. Lelaki  kelahiran tahun 1982-1983 menghasilkan sperma 202 juta/ml, sementara  yang lahir di atas tahun 1983 hanya menghasilkan 165 juta/ml saja. (Alamak...patutlah generasi sekarang tak ramai anak!)
Meskipun  kajian ini dilakukan di Finland, hasilnya diyakini boleh  menjadi  indikator kesuburan lelaki di seluruh dunia. Selain  mengamati produksi  sperma yang makin sedikit, para pengkaji juga  melihat risiko kanser  pada lelaki yang cenderung meningkat mengikut tahun. Dibandingkan  pada  kelompok lelaki yang lahir di era 1950-an, kanser testis lebih banyak  menyerang para lelaki yang lahir selepas tahun 1980-an.
Para  pengkaji berpendapat  kedua-dua hal ini disebabkan oleh pencemaran   makanan dan persekitaran yang semakin tak terkawal. Pencemaran yang  terus meningkat dari masa ke masa memicu  gangguan pada pertumbuhan  janin laki-laki ketika masih berada dalam  kandungan, khususnya yang  terkait dengan sistem reproduksi.
Nota JR: Kepada wanita yang belum kahwin, jika mau lelaki perkasa carilah jejaka yang lahir sebelum tahun 1980!!
(Tulisan ini digarap semula oleh JR dari sumber berita asal dalam BBC News)
