Terkejut  beruk JR baca Berita Harian hari ini. Mana tak terkejutnya bila dapat  tahu betapa ramainya anak luar nikah di negara Malaysia tercinta ini. 
Tau ke korang, dalam tempoh 4 tahun (2006-2010) seramai 234,647 anak tak sah @ anak luar nikah dilahirkan di negara ini? Baca berita ini:
Tau ke korang, dalam tempoh 4 tahun (2006-2010) seramai 234,647 anak tak sah @ anak luar nikah dilahirkan di negara ini? Baca berita ini:
PUTRAJAYA:  Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bayi  hasil hubungan luar  nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006 hingga  2010 dengan jumlah  keseluruhan sebanyak 234,647 didaftarkan dalam  tempoh itu daripada  lebih dua juta kelahiran didaftarkan Jabatan  Pendaftaran Negara (JPN) (Sumber: Berita Harian Online)

fenomena biasa di negara Islam Malaysia: anak luar nikah di buang tepi jalan
Yang mengejutkan JR pertama, ialah dari segi jumlahnya yang begitu sangat besar. 234,647 orang anak luar nikah dalam tempoh empat tahun adalah satu jumlah yang sangat besar. Kalau korang nak bayangkan banyak mana  234,647 itu ialah dengan membandingkannya dengan jumlah penduduk Perlis yang  berdasarkan portal rasmi kerajaan negeri  cuma seramai 217,480 orang.  Tapi jumlah anak luar nikah adalah 234,647 - bermakna jumlah anak luar  nikah di Malaysia lebih ramai dari penduduk Perlis, dahsyatnya!!
Yang kedua, dalam tempoh 2006-2010, daripada dua juta kelahiran, 234,647 adalah kelahiran luar nikah. Dengan kata-kata lain 11.7% atau hampir 12% daripada jumlah kelahiran dalam tempoh itu adalah merupakan anak luar nikah!  Dan jika angka ini berkekalan, mungkin satu hari nanti kita akan  menyaksikan lebih dari 10% penduduk Malaysia akan merupakan anak-anak  luar nikah...bayangkan betapa dahsyatnya ketika itu.
Mengapa  terjadi anak luar nikah? Anak luar nikah adalah anak yang dilahirkan  hasil penzinaan, anak hasil persetubuhan haram, anak hasil hubungan sex  tanpa satu ikatan perkahwinan yang sah.
Berita  dalam Berita Harian Online itu tidak pula memberitahu pecahan kaum anak  luar nikah itu. Tapi berdasarkan berita-berita mengenai bayi yang  dijumpai dibuang di tepi jalan, di tepi tong sampah, di tepi surau dan  lain-lain kita boleh mengagak apa kaum dan agama ibu bapa mereka yang   menghasilkan anak luar nikah itu....Kesiannya mereka yang sebangsa dan  seagama denganku!!
Ya  Allah, musibah apa yang sedang melanda negaraku ini? MasyaAllah.. bala  apakah ini yang Kau turunkan kepada umatMu di bumi Malaysia ini? Mengapa  manusia begitu bebal dan tidak patuh kepada firman Allah dalam al-Quran  dan sabda Nabi dalam Hadis?
Dan  ahli-ahli politik dan intilektual kita, apa yang mereka buat bagi  mengatasi kemelut anak luar nikah ini? Intilektual kita hanya bijak  memberi teori-teori Barat bagi mengatasi sesuatu masalah, sedangkan  fenomena anak luar nikah ini sendiri tak dapat diselesaikan oleh dunia  Barat. Jika mahu diselesaikan, ramuannya ada dalam al-Quran dan hadis...
Dan  pemimpin-pemimpin politik kita? Mereka hanya pandai bertekak, parti A  kata parti B dan C salah, parti B kata parti A nan C salah, parti C pula  kata parti A dan B salah...semua orang salah, yang tak salah cuma  ketua-ketua parti mereka yang tubuhnya berat dengan pelbagai gelaran Tan  Sri, Datuk Seri, Datuk dan macam-macam seri lagi itu. Lawan punya  lawan, kau kata aku, aku kata kau, semata-mata nak berebut pengaruh demi  untuk kuasa, tapi apa  sudah jadi dengan anak bangsa? Inilah jadinya  anak haram bercambah!!!
Boleh kah Tan Sri, Datuk Seri, Datuk dan Yang Berhormat, bolehkah jangan terlalu pentingkan diri dan parti? 
