Sekarang Perjalanan KL-Taiping & Kangar-Ipoh Cuma 1 Jam!!!

はやぶさ2.jpg



    Hayabusa
Bayangkan perjalanan sejauh 300 km antara KL-Taiping, KL-Kluang, Kangar-Ipoh, Kuantan-Melaka dan JB-Port Dickson kini cuma 1 jam. Wow...fantastik! Dapat lihat pemandangan bukit, hutan menghijau, tasik...dan dalam tempoh 1 jam sudah sampai ke destinasi sejauh 300 kilometer yang dituju. Bayangkan, cepatnya sampai!!

Begitulah kelajuan keretapi terlaju di planet bumi masa kini bernama Hayabusa bermaksud helang yang baru dilancarkan di Jepun semalam berkelajuan 300 km sejam.


Tapi entah bila keretapi serupa  ni nak sampai kat Malaysia entahlah. Jika dia datang ke bumi  Malaysia, sesiapa yang tinggal di KL misalnya boleh berulang alik ke tempat kerja di Taiping, Ipoh, Johor Bharu atau Kota Bharu kerana belum pun betul-betul terlelap dah sampai ke rumah. Tak perlu berpindah rumah lagi, mudahnya....
Tapi landasan keretapi laju kat malaysia ni pun tak siap-siap lagi, macam mana nak mengharapkan Hayabusa sampai ke sini??

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments