Kadang-kadang manusia punya kreativiti yang begitu tinggi. Ada yang menerapkan kreativiti mereka dalam bentuk hiasan kenderaan, rumah dan lain-lain. Dan di bawah ni JR paparkan 7 rumah yang mempunyai reka bentuk paling unik lagi aneh di dunia ini:
i) Esidential Car-House di Salzburg, Austria
Rumah berbentuk kereta ini dibina pada tahun 2004 di Salzburg, Austria, oleh arkitek Jerman, Markus Voglreiter yang memakan kos sebanyak 1 million euros yang dibangunkan pada tahun 2004.
ii) Casa Batllo, Barcelona, Sepanyol
Ketika pemilik rumah itu Josep Batllo, memujuk arkitek Antoni Gaudi untuk mengubahsuai rumahnya pada tahun 1877, ternyata arkitek ini bukan hanya membuat pengubahsuaian biasa, tapi rombakan radikal besar-besaran terhadap rumah tersebut yang kerja tangannya masih diingat orang 100 tahun kemudian. Rumah ini selesai di bina pada tahun 1904.
iii) Muzium Seni Frederick R. Weisman di Minneapolis, Amerika
Terletak di sungai Mississippi, Minneapolis, Amerika. Muzium Seni Frederick R. Weisman di University of Minnesota ini mempunyai dua sisi yang berbeza. Sisi pertama bangunan itu diperbuat dari batu-batuan manakala sisi satu lagi muzium ini dibina dari besi. Muzium ini adalah hasil karya arkitek Frank Gehry.
iv) The Haines Shoe House di York County, Pennsylvania, Amerika
Dibangun pada tahun 1948 oleh pengusaha kasut Mahlon Haines, rumah ini merupakan salah satu yang paling terkenal di zaman tersebut. Rumah ini berukuran panjang 48 kaki, 17 kaki lebar, dan 25 kaki tinggi mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, 1 dapur, dan 1 ruang tamu berukuran besar.
v) Guggenheim Museum di Bilbao, Spanyol
Arkitek Frank Gehry membina muzium yang terletak di kota pelabuhan di Bilbao ini menyerupai sebuah kapal.
vi) Longaberger Co. di Newark, Ohio, Amerika
Bangunan menyerupai bakul ini dibangunkan pada tahun 1997 dan selesai dua tahun kemudian. Bangunan ini mempunyai 7 tingkat dan terletak di Ohio adalah merupakan replika dari perusahaan Longaberger Co, sebuah syarikat pembekal bakul.
vii) Country Music Hall of Fame and Museum di Nashville, Tennessee, Amerika
Country Music Hall of Fame and Museum in Nashville ini dibangun dengan bentuk kunci G (horizontal) dalam muzik dan berbentuk piano. Muzium ini mulai di buka di tahun 2001