Mungkin korang sudah mengetahuinya, sudah membacanya, tapi pasti masih ramai juga yang belum tahu sesuatu akan berlaku kepada bumi pada 19 Mac ini. Apa yang bakal berlaku kepada bumi pada 19 Mac ini, hanya 5 hari dari sekarang?
Apa yang akan berlaku pada 19 Mac ini ialah fenomena luar biasa yang dikenali sebagai ‘Supermoon’. Supermoon berlaku apabila bulan berada sangat dekat dengan bumi. Ia menyebabkan bulan kelihatan cukup  besar dan dianggarkan 30% sehingga 50% lebih besar daripada yang lazim  dilihat apabila bulan mengambang.
Tapi supermoon yang  akan berlaku pada 19 Mac ini lebih menakjubkan kerana bulan ketika itu  berada pada jarak paling dekat dengan bumi iaitu pada jarak 356,577 km  iaitu yang keenam terdekat sejak kali terakhir pada 1985.
 Fenomena 'supermoon' banyak mengakibatkan  bencana alam besar berlaku.
Tapi apa yang lebih menakutkan kita ialah banyak kejadian bencana mungkin akan berlaku menjelang ketibaan supermoon seperti tahun-tahun sebelumnya. Antara bencana alam menjelang  supermoon yang pernah berlaku sebelum ini ialah:
- Tsunami Meulaboh- berlaku pada 26hb Disember 2004, iaitu kurang dua minggu sebelum fenomena Supermoon berlaku pada Januari 2005. Tsunami 2004 itu telah menyebabkan 225,000 manusia dari seluruh Asia hingga ke Afrika terbunuh.
 - Taufan Tracy- berlaku pada 25hb Disember 1974 sehingga memusnahkan 70% bandar Darwin, Australia. Ia berlaku kurang beberapa hari sebelum fenomena Supermoon berlaku. Taufan dahsyat ini telah menyebabkan 70 orang terbunuh, ratusan tercedera, dan lebih 30,000 kehilangan rumah.
 
Berikutan  apa yang pernah berlaku itu ramai saintis Barat meramalkan menjelang 19  Mac ini air pasang besar akan melanda banyak pantai di seluruh dunia,  gegaran besar akan berlaku di beberapa tempat diikuti tsunami dahsyat !!  Salah seorang saintis tersebut, saintis Amerika Syarikat, Richard Nolle  meramalkan banyak bencana alam akan berlaku sekitar 19hb March 2011. 
Yang  jelas, seperti korang semua tahu ialah bencana tsunami yang berlaku di  Jepun pada 11 Mac 2011 cuma 8 hari sebelum superemoon 2011 yang dijangka  memakan korban puluhan ribu orang. 
Tapi  adakah akan berlaku satu lagi bencana  alam yang lebih besar selepas  tsunami pada 11 Mac 2011 di Jepun itu? Ramai  saintis yang JR baca dalam  beberapa artikel begitu yakin akan berlaku satu lagi malapetaka, mungkin pada 18 Mac ini - 4 hari saja lagi!!
Cuma  saintis-saintis Barat ini lebih percaya kepada ilmu akal, berbanding  ketentuan Illahi. Ia berbeza dengan  JR dan orang-orang Islam lain yang  percaya segala yang berlaku adalah kehendak Allah. Jika Allah menetapkan  tsunami akan berlaku pada 11 Mac 2011, maka ia pasti berlaku. Dan  jika Allah menyatakan tidak ada apa yang akan berlaku pada 18 dan 19  Mac ini selain dari saiz bulan yang sangat besar, maka tidak akan apa  yang berlaku pada tarikh-tarikh itu....


