Hebatnya Melayu: Di Sebelah Masjidil Haram Mekah Pun Buat Maksiat



Bila kita baca sejarah politik orang Melayu di Malaysia, Singapura, Brunie dan Indonesia, semua pribumi asal di negara-negara itu dipanggil sebagai 'bangsa serumpun'. Oleh itu jika yang melakukan kejahatan itu ialah orang Melayu Malaysia, maka orang Indonesia pun turut rasa malu. Begitu juga jika yang melakukannya orang Indonesia, orang Melayu Malaysia juga pasti malu dengan perbuatan saudara bangsa serumpunnya itu...


Dan ini adalah satu berita yang pasti memalukan kita orang Melayu Malaysia, kerana ia dilakukan oleh orang Indonesia yang serumpun bangsanya dengan kita. Yang paling malang, perbuatan buruk itu dilakukan di sebelah Masjidil Haram, Mekah:



MAKKAH: Petugas Suruhanjaya Pembangunan Moral dan Pencegahan Maksiat menahan seorang lelaki rakyat Mesir dan lima wanita Indonesia kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pelacuran di bangunan kosong di Makkah, semalam.

Petugas suruhanjaya berkenaan mendapati dua wanita memasuki sebuah bangunan di pusat bandar raya Makkah yang berhampiran dengan Masjidil Haram. Petugas curiga dengan gerak-geri dua wanita itu memasuki bangunan yang hanya digunakan ketika musim haji kerana ia kosong pada waktu biasa.
Petugas kemudian menemui penjaga bangunan itu, seorang lelaki warga Mesir tetapi dia menafikan ada orang di bangunan itu. Petugas lalu menyerbu bangunan itu dan menemui lima wanita Indonesia di situ yang mengaku menunggu pelanggan. Mereka juga memberitahu penjaga bangunan berkenaan adalah seorang bapa ayam.

(Sumber:AN)

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments