Kata orang politik tu kotor. Kata orang politics is the art of possible, seni yang semuanya tak mustahil. Bagi ahli politik mereka akan buat apa saja demi mendapat sokongan. Sebab tu ada juga yang berkata sukar membezakan antara politik dan tong sampah sebab kedua-duanya sama-sama busuk. Malah bagi ahli politik, jika disuruh masuk dalam tong sampah mereka pasti dengan rela hati melakukannya demi meraih populariti. Sebab tu lah JR selalu memandang sinis terhadap ahli-ahli politik tak kira dari parti A, B atau C.
Ahli  politik juga insan yang selalu menampakkan diri mereka sebagai manusia  hipokrit. Sebab tu ada ahli politik yang selalu nasihat kita berbuat  baik, menjaga moral, tapi dia juga merelakan dirinya.... 
Contohnya ahli politik ni:

Dia  ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Datuk Seri  Shahrizat Abdul Jalil. Dia selalu menasihatkan wanita dan anak gadis  menjaga moral. Ya lah dia mesti kena bercakap begitu sebab dia menteri  yang menjaga wanita. Menurutnya wanita tak boleh diperbuat dan dipeluk  begini:
Menteri ini selalu berkata wanita perlu menjaga maruah bagi mengelakkan gejala sosial melanda masyarakat.
Menteri  ini pernah berkata wanita tak boleh diperbuat seperti foto di atas, tak  boleh  membiarkan diri mereka diperlakukan sesuka hati oleh lelaki  kerana   wanita juga ada maruah. Wanita bukan saja tak boleh dipeluk  oleh apek tua bernama Tong Sam Pah, dipeluk oleh abang Mat beragama  Islam yang muda pun tak boleh, kerana wanita Muslim ada maruah dan tak  boleh bersentuh dengan bukan muhrim, apa lagilah dipeluk!!
Tapi  begitulah...Menteri wanita itu selalu menasihatkan wanita supaya  menjaga maruah, tapi dia merelakan dirinya dipeluk oleh apek tua....
Betullah kata orang politik memang kotor, apa saja boleh diperbuat demi mendapatkan sokongan dan populariti... 
(Nota: Gambar di atas diambil ketika kempen pilihanraya kecil baru-baru ini)

