JR  teragak-agak juga nak masukkan entry ni, takut nanti dilabel sebagai  entry berbaur lucah. Tapi maksud JR bukan untuk berlucah tapi untuk  menceritakan kisah benar kehidupan manusia yang sebahagiannya rela mati  hanya untuk wang.
Jika  korang bekerja di PDRM, Kastam dan Imegresen, entry ni pasti sangat  berguna kerana ia membuktikan manusia akan melakukan apa saja demi  mendapatkan wang, termasuk melanggar undang-undang sehingga membahayakan  diri sendiri...

Karin Mackaliunas 
Seorang wanita di Pennsylvania, Amerika Syarikat, seperti yang disiarkan dalam New York Magazine didapati menyembunyikan berpuluh-puluh plastik berisi heroin, pil preskripsi, dan sejumlah wang tunai di dalam kemaluannya. Dadah itu ditemui polis selepas dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
                                Barang-barang yang ditemui dalam kemaluan Karin. Bagaimana dia menyumbatnya masuk?
Selepas  bergelut dengan polis semasa  pemeriksaan di balai polis, wanita itu, Karin Mackaliunas, 27 tahun,   meminta untuk bercakap dengan  Sarjan Michael Mayer. Dia memberitahu pegawai polis itu bahawa dia  menyembunyikan heroin di dalam kemaluannya. Dan hasil pemeriksaan  pihak  polis menjumpai 54 bungkusan heroin, 31 bungkusan kosong, 8  biji pil preskripsi, di samping wang berjumlah AS51.22 (RM155) di dalam  kemaluannya.
 
JR  rasa sangat kagum dengan wanita ini, bagaimana dia menyumbat masuk satu persatu  heroin, pil dan wang tunai yang begitu banyak dalam vaginanya, tak rasa  sakit ke dia? Tapi yang lebih menghairankan sebesar manakah ukuran  vaginanya...berapa sintemeter persegi hingga boleh menjadi stor  menyimpan barang yang sebanyak itu? 
(Sumber berita asal: Daily Chili)

 