Aneh....Tikus Di Rumah Aku Genius & Boleh Bercakap!!


JR memang sangat hangat hati dengan tikus-tikus di rumah JR. Bukan seekor dua, banyak ekor. Bila malam mereka buat perlumbaan 100 meter atas siling... bingit!! Kadang-kadang ada yang berani turun ke bawah, berjalan selamba saja di depan kita, geramnya!! 





Salah JR juga, beli rumah yang terletak di  tepi sawah, kononnya nak mengembalikan nostalgia masa kecil-kecil dulu bila tinggal tepi sawah, tapi inilah akibatnya...tikus, tikus dan tikus, terutama lepas musim menuai seperti sekarang, tikus banyak sekali.















JR pernah banyak kali mengumpan makanan yang dimasukkan racun untuk membunuh tikus-tikus tu. Tapi ia cuma berkesan untuk tikus yang mengunjungi makanan untuk kali pertama saja, tikus selepasnya tak mau menghampiri makanan beracun itu lagi. Seperti mereka tau itu makanan beracun!


Petang semalam JR tertonton National Geographic di TV1 bertajuk "Genius Rat". Lepas habis menontonnya baru JR tau rupa-rupanya memang benar tikus adalah binatang  yang cerdik...genius! Rupanya tikus yang telah menjamah makanan yang sedap dan selamat akan memberitahu rakan-rakannya yang lain  mereka boleh makan makanan itu. Tapi jika ada yang termakan makanan beracun, tikus itu akan cepat-cepat memberitahu rakan-rakannya yang lain jangan makan makanan itu kerana ia beracun. ini bukan cerita rekaan, tapi dalam National Geographic ditunjukkan bagaimana tikus bertindak memberitahu rakan-rakannya dengan "bahasa" mereka yang tersendiri.

Patutlah selama ini, racun yang JR beri hanya dapat mengena tikus pertama sahaja, manakala tikus-tikus lain tak kena, rupanya mereka memang sudah tahu ia makanan beracun dan tak menghampirinya lagi. Rupanya tikus memang boleh bercakap! Sekarang tau lah JR:  rat are smatter than we think!!

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments