Banggakah korang, jika Malaysia dimasukkan dalam ranking top ten dunia? Mungkin bangga jika Malaysia top ten dalam ranking FIFA, atau ranking 10 negara terkaya atau ranking 10 negara paling berjaya di dunia. 
Di negara sex bebas, pelacuran berleluasa....
Tapi apa yang JR nak dedahkan ni ialah Malaysia dimasukkan dalam ranking 10 negara sex bebas dunia!! Bolehkah kita bangga bila Malaysia dalam ranking salah sebuah 10 negara sex bebas dunia?  
Tapi bila baca akhbar yang setiap hari penuh dengan cerita rogol, buang anak tepi jalan, sumbang muhrim, bla..bla..bla..ia ada asasnya mengapa Malaysia dianggap salah sebuah 10 negara sex bebas dunia. Itu belum masuk lagi cerita skandal VVIP termasuk menteri dan artis, kisah liwat seorang mantan Menteri yang hari-hari tanpa malu disiarkan dengan terperinci dalam TV dan akhbar...patut dan memang patut mereka memilih Malaysia dalam salah satu 10 negara sex bebas dunia, banyak sangat kes sex di sini!!
Oleh itu jangan marah jika berdasarkan  survey yang   dilakukan oleh Durex Poin terdapat 10 negara sex bebas paling unggul di bumi ini, dan Malaysia adalah salah satunya. Survey yang dibuat itu   berdasarkan budaya,  pola hidup   dan kegiatan penduduk di negara   berkenaann. Jom tengok Malaysia di tangga ke berapa dalam ranking negara sex bebas dan mengapa Durex memilih negara-negara berkenaan dalam senarainya:
1. Greece
Semua     orang  tahu negara ini memiliki tradisi  seks sejak dari  zaman    kuno. Dengan iklim Mediteranian dan memiliki banyak  pulau dan   pantai,   menjadikan Greece negara nombor satu sex bebas  di dunia, mengikut Durex.
2. Brazil
Brazil merupakan     tanah kelahiran dari "thong". Di negara itu  seks adalah dianggap sama     pentingnya dengan bernafas.  Pantainya selalu     dipenuhi wanita-wanita cantik di samping Brazil  memiliki karnival pesta sex   tahunan yang membuat Brasil dimasukkan dalam daftar negara sex bebas.
3. Russia
Ketika diperintah komunis, negara ini kelihatan sangat konservatif dalam kehidupan sex. Tapi sebaik saja tumbangnya komunisme, sex bebas mula menjadi amalan penduduknya. Libido   orang   Rusia membuat kelab dan bar berkembang sangat pesat  di Moscow,   di mana   hookups merupakan hiburan malam di negara   ini.
4. China
Semakin     berevolusi budaya China, menyebabkan semakin  berevolusinya kegiatan     seksual di negara ini. Ingin bukti? Hanya dalam  tempoh 8 tahun saja,  5,000 kedai    penyedia perlengkapan dan keperluan seks  telah didirikan di Biejing. Malah 70%    produk  seks dunia adalah buatan China...dengan itu tak heran jika China dimasukkan  dalam senarai ini.
5. Poland
Budaya     seks Poland cukup konservatif semasa era komunis, namun bila komunis runtuh, budaya sex bebas mula memasuki Poland dengan sangat pesat. Kini Poland memiliki  festival     tahunan dengan nama Eroticon yang menampilkan produk-produk  terbaru     perlengkapan seks. Skandal politik Poland pernah terjadi  dan diketahui   umum.
6. Itali
Orang     Itali percaya hubungan seks harus dilakukan setiap hari. Kaji selidik mendapati bahawa 32% orang Itali yang berusia 60 tahun ke atas,    melakukan   hubungan seks secara teratur. Sebab itu Italy dimasukkan dalam senarai Durex  ini. 
7. Malaysia
Menurut     survey Durex, secara umumnya budaya seks Malaysia masih  konservatif. Namun   di   balik itu banyak kontroversi yang terjadi. Contohnya, pendidikan seks yang bakal diajar di sekolah menyamai negara-negara Barat dan tentu juga kes rogol, buang anak, skandal VIP dll..
Di   balik   kontroversi tersebut, menurut Durex, ada  fakta yang  menunjukan  orang-orang Malaysia memiliki tahap gila sex  yang tinggi hingga Menteri  Kesihatan Malaysia juga pernah meletak jawatan kerana menjadi bintang porno dalam satu video lucah dan kini bekas menteri itu menjadi salah seorang manusia yang paling penting dalam parti komponen BN yang memerintah Malaysia.
8. Sepanyol
Di     tanah Zorro ini, seks sudah merupakan budaya dan persepsi.  Tradisi    seks  penduduk Sepanyol ini sering diabadikan dalam  istilah-istilah     moden, seperti   Spanish-Fly dan Viagra,     walaupun sebenarnya penduduk Spanyol tidak  terlalu menggunakan     produk-produk tersebut. Berdasarkan alasan tersedbut, Durex memasukkan Sepanyol  dalam senarai ini.
9. Switzerland
Negara seterusnya dalam senarai negara sex bebas ialah Swizerland. Walaupun mereka memiliki  sikap   neuteral   dalam bidang politik, namun untuk urusan seks lain  ceritanya pula.     Pelacuran adalah sah mengikut undang-undang di negara ini di mana pada setiap tahun setiap seorang penduduk Switzerland membelanjakan  350,000 Frank untuk      mendapatkan kepuasan seks dari pelacur. Dengan komitmen ini, mengikut Durex, sangat wajar jika Switzerland dimasukkan dalam senarai ini.
10. Mexico
Mexico, negara tanah jajahan Sepanyol memiliki tingkat gila sex yang agak tinggi. Kerajaan mereka tidak memandang berat aktiviti sex bebas di negara itu, malah menyokongnya.  Pada Mei 2008 pemerintah Mexico   mengedarkan  700,000  buku pembelajaran seks kepada  semua pelajar sekolahnya.   Ironisnya, walaupun pelacuran tidak diiktiraf sah di sisi undang-undang, namun beberapa wilayah  di Mexiko seperti  Tijuna menghalalkannya.
