Biasanya sebelum harga petrol naik, kerajaan akan bagi bunga-bunga kenaikannya  dulu. Misalnya kerajaan beri amaran kepada rakyat jangan membazir  petrol. Atau kerajaan sering membandingkan harga petrol kita dengan  negara luar yang tak ada minyak dari perut buminya.
JR sudah dengar ramai orang bercakap  harga petrol RON 95 akan naik sedikit masa lagi. Bila BN menang besar di  Merlimau dan Kerdau, makin ramailah orang bercakap masa untuk kenaikan  harga petrol Ron95 semakin hampir. Mereka berkata kerajaan akan  menaikkan harga petrol sebagai HADIAH  kepada pengundi-pengundi Merlimau dan Kerdau yang masih setia dengan kerajaan!!
Tapi ah... itu cakap sinis pendokong politik parti itu, mana boleh percaya 100% kan?
Apapun, bila hari ni keluar pula dalam Utusan  Malaysia berita seperti ini, JR seperti yakin masa yang ditunggu-tunggu untuk satu  lagi kenaikan harga petrol Ron 95 yang membebankan rakyat itu sudah tak  dapat dielakkan lagi:
KUALA  LUMPUR: Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya  harga  pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong  dalam  tempoh lebih tiga bulan. 
Ketua  Pegawai Eksekutif  Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk  Michael Yeoh  berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi  memastikan  pemberian subsidi tidak akan meningkat.
''Pada  masa ini harga  pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100  (RM300) setong  ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang  merupakan antara  pengeluar minyak terbesar di dunia.
''Sekiranya  trend kenaikan  harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan,  kerajaan perlu  menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi  pasaran tempatan,''  katanya.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.
JR: Harap-harap apa yang orang cakap dan apa yang Datuk Michael Yeoh kata TAK BENAR!!
JR: Harap-harap apa yang orang cakap dan apa yang Datuk Michael Yeoh kata TAK BENAR!!
                               