Kata  orang nak jadi artis perlu ada pakej - pertama: perlu cantik, kedua:  badan tak boleh montel dan gedebob, dan yang terakhir sekali suara kena  sedap..
Tapi  kalau anak VVIP yang petik sebelah jari wang boleh masuk puluhan ribu,  dan anak VVIP tu jadi penyanyi, pakej tu masih penting sangat ke?  Mungkin tak penting kan? Sebab wang boleh menutup muka yang sembab,  lemak di perut, kulit yang tak secerah mana, malah panau di belakang  badan...
Tapi  apa yang nak JR sentuh di sini tak ada kena mengena dengan muka yang  sembab, lemak di perut atau kulit yang tak begitu cerah. 
Apa  yang JR nak sentuh malam ni ialah mengenai kemunculan seorang artis  baru di persada musik negara ini. Ini foto artis baru, tu:

Korang kenal dia? Boleh tahan juga cantiknya, kan? 
Dan ini gambar-gambar penyanyi baru tu lagi...cantik dan sexy: 
  Nama artis baru ni ialah Najwa Mahiaddin, 25 tahun. Nama sebenar Najwa  ialah Najwa Muhyiddin, tapi memandangkan nama Muhyiddin tak begitu  komersial, ia ditukar kepada Mahiaddin. Dia berasal dari Johor dan  sekarang sedang menuntut   di Berklee College  of Music, Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat. 
Hari ini, Najwa telah dapat  merealisasikan impiannya dengan melahirkan sebuah album sulung yang berjudul Innocent Soul. 
gaya menggoda Najwa....Terdapat  10 lagu Inggeris yang dimuatkan dalam album tersebut yang semuanya   berirama soul diterbitkan oleh Nada Biru Musik dan diedarkan oleh Warner  Music Malaysia. Lirik semua lagu-lagu itu ditulis sendiri oleh Najwa.
Najwa bersama pengurus A&R Warner Music Malaysia, Mokhtaza Ahmad ketika melancarkan album Innocent Soul.Bagaimanapun, kata Najwa kepada mStar ketiadaan lagu-lagu Melayu dalam album itu disebabkan dia lebih selesa menulis lirik dalam bahasa Inggeris.
"Saya bukan riak, tetapi bila kurang berkebolehan menulis lirik dalam sesebuah bahasa (Bahasa Melayu), bunyinya akan kedengaran pelik sedikit," kata Najwa.
Najwa membuat persembahan pembukaan sebelum pelancaran albumnya.Jadi  Najwa kurang berkebolehan menulis dalam Bahasa Melayu dan lebih selesa  menulis dalam Bahasa Inggeris?  Maklumlah Najwa bukan anak sebarang  orang...
Najwa  punya empat beradik terdiri dari  Fakhri, Nabilah  dan Farhan. Ibunya  bernama Datin Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman dan ini ialah foto ibu,  ayah, abangnya dan Najwa (kanan sekali):




