Hati-hati...babi  pembunuh itu datang lagi dalam kumpulannya yang mungkin lebih besar!!  Jika korang sayangkan diri dan keluarga, jangan buat tak peduli dengan  keselamatan dan kesihatan diri..
Di  Mexico, sudah 4 kematian dilaporkan, manakala ratusan lagi sedang  menunjukkan tanda-tanda positif dijangkiti wabak serangan itu pada  minggu ini saja. Di Venezuela 2 kematian dalam tempoh seminggu ini,manakala ratusan lagi sedang mendapat rawatan di hospital-hospital  seluruh negara. 
Wabak  selsema babi atau H1N1 yang pertama kali dikesan di Mexico pada awal tahun 2009 itu telah  meragut lebih 13,000 kematian di seluruh dunia. Sekarang kita perlu  berhati-hati kerana gelombang serangan kedua mungkin akan datang  lagi...dan ia bermula sekali lagi dari Mexico!!

