Korang mungkin dah terbaca berita ni pagi tadi. Berita ni jika diyakini, pasti ia sangat menggerunkan lelaki dan menakutkan perempuan.
Sumber  berita ini ialah dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang  membuat kajian pada tahun lepas mengenai hubungan di antara pengeluaran  sperma dan penggunaan telefon bimbit. Hasil kajian itu mendapati satu  jawapan yang sangat menakutkan!
Mengikut Presiden CAP, SM Mohamed Idris, telefon bimbit membahayakan lelaki dan perempuan, kerana:
i)    Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar  berdepan risiko kerosakan sperma yang menyebabkan mereka mandul dan mati  pucuk akibat gelombang elektromagnetiknya yang tinggi..
ii)   Lelaki yang gemar meletakkan telefon bimbit dalam sarung yang  disangkutkan pada talipinggang atau poket seluar menghadapi risiko  penularan gelombang elektromagnetik yang lebih tinggi berbanding yang  meletakkannya dalam poket seluar.
iii)  Wanita yang sering meletakkan telefon bimbit dalam beg sandang yang  dikepit di sebelah payudara boleh memberi kesan terhadap payudaranya.
Simpan  dalam poket seluar tak boleh, di tali pinggang tak boleh, dalam beg  sandang tak boleh, jadi simpan di mana yang boleh dan selamat?  
Mungkin kena simpan dalam stokin, handsock, atau dalam kasut itu sendiri (perlu ada poket khas), atau yang paling selamat....SIMPAN SAJA DI RUMAH!!!

