Ketika pergi makan kenduri di rumah seorang kawan semalam, ada seseorang yang bertanya, "Eh, korang dengar tak apa yang isteri Perdana Menteri komen mengenai tsunami di Jepun?"
JR  pun ada dengar apa yang Datin Rosmah Mansor cakap mengenai tsunami di  Jepun tu. Tapi JR diam saja, nak dengar dulu sama ada apa yang orang  lain dengar sama dengan yang JR dengar.
"Aku dengar," jawab seseorang, "Rosmah mengecam Jepun kerana tak pandai menjaga alam sekitar, sebab tu jadi tsunami"
Jadi,  apa yang JR tonton dan  dengar kat TV mengenai apa yang Datin Rosmah  cakap rupanya lebih kurang sama dengan apa yang orang tu dengar. Apa  yang JR dengar Datin Rosmah berkata bahawa   kejadian tsunami itu adalah sebagai pengajaran kepada kerajaan Jepun  yang  tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim  dalam  pembangunannya hingga berlakunya tsunami.
Adakah  apa yang semua Rosmah katakan itu betul dan benarkah penjagaan alam  sekitar mempengaruhi kejadian tsunami? JR belum pernah pergi Jepun, tapi  rakan-rakan yang pernah ke sana memuji Jepun yang pandai menjaga alam  sekitar. Contohnya kata mereka nak melihat sekeping kertas atau daun  bertaburan di jalan pun susah, kerana mentaliti orang Jepun yang sangat  mementingkan alam sekitar. Tapi bagaimana Rosmah yang dah banyak kali  pergi ke Jepun boleh pula berkata begitu? Adakah dia terlalu sibuk  bershopping hingga overlook banyak perkara mengenai Jepun, termasuk tahap penjagaan alam sekitarnya?

Datin Seri Rosmah Mansur memalukan Malaysia
Tapi apa yang membanggakan  rakyat Malaysia ialah video kenyataan kelakar dan tidak cerdik Wanita  Pertama Malaysia ini telah mendapat hits yang tinggi di youtube.  Bayangkan dalam masa sehari,  ucapannya telah diltonton 50,000  kali  dalam Youtube. Video ini kemudiannya telah disebarkan dengan cepat  melalui laman Twitter dan Facebook.
Betapa  bangganya rakyat Malaysia kerana komen tidak bijak Wanita Pertamanya  telah menggegarkan dunia, mengegarkan youtube, mengegarkan twitter,  mengegarkan facebook!! Cuma yang tak seronoknya satu saja:  kebanyakan  komen dari seluruh dunia yang dicatatkan itu mengecam Rosmah dan  memperkecil-kecilkan daya intilektualnya! Banyak yang kata dia tak tau  apa-apa, tak cerdik!! 
Lihatlah antara komen-komen mereka dalam CNN iReport yang sempat JR tengok:
"I will have whatever she is smoking or drinking,Rosmah Mansor acts as if she knows for sure how this happend,Ok Ms wizzard let me see your cyrstal ball one more time, get a grip lady and show some respect for Japan and its people" - Mr DCD.
 
Lihatlah antara komen-komen mereka dalam CNN iReport yang sempat JR tengok:
"I will have whatever she is smoking or drinking,Rosmah Mansor acts as if she knows for sure how this happend,Ok Ms wizzard let me see your cyrstal ball one more time, get a grip lady and show some respect for Japan and its people" - Mr DCD.
"I am learning new things everyday. Today I learn that the lack of  environmentally-friendly development attracts earthquake and tsunami" - acappatfu.
"What a dumb-ass thing to say. Shame !!! Shame !!! Shame !!!" - nudibrand
"So the esrthquake was sorta planned? Snicker" - ireporttwo
"Said the witch who killed the mongolian woman using a C4. Murderer!!!!" - tasutingau
Ketika melihat komen-komen itu barulah terasa betapa malunya kita jadi rakyat Malaysia....
Malah ucapannya itu telah mendapat liputan dari CNN. Bukan senang nak mendapat liputan CNN kan....:
iReport —Wife of Malaysian Prime Minister, Datin Seri Rosmah Mansor said this when asked to comment on Japan's quake-tsunami disaster.
“Japan's earthquake and tsunami is a result of negligence in conducting environmental-friendly developments."To me, this is a lesson to other countries, that in everything they do or in whatever development they plan, they should study the surrounding environment and connect it with climate change and green technology," she told private news channel Astro Awani.
A video clip of Rosmah airing her view instantly became a hit among internet users, circulating in sites such as Twitter and Facebook, and being met with sarcastic comments from viewers.The clip (in Malay language) can be viewed on http://www.youtube.com/watch?v=zuMLtycp_0I
Ah... mengapalah Wanita Pertama yang kita hormati ni cakap macam tu. Kalau Mak Bedah, Mak Leha dan Pak Deris yang tinggal di kampung pedalaman cakap macam tu tak apa juga, sebab mereka sekolah cuma takat darjah 6 saja. Tapi, isteri Perdana Menteri cakap macam tu...alahai malangnya, alahai...malunya aku jadi rakyat Malaysia!!
