"Deja  Moss, kenapa ko tak beradab sangat?". Sebenarnya itu bukan kata-kata  JR. Buat apalah JR nak katakan begitu. Lagi pun Deja bukan kenal JR pun.  JR pun bukan ada alasan nak naik geram padanya....
Yang berkata begitu, yang amat-amat-amat geram kepada Deja Moss ialah aktres jelita ni...Farahdhiya:

PETALING JAYA: Pelakon jelita Farahdhiya menyifatkan penyanyi Deja Moss merupakan seorang pelakon senior yang tidak layak untuk dihormati.
Ini  berikutan kejadian pada pementasan teater Terima Kasih Cinta  (TKC)  Sabtu lalu di mana Deja Moss telah memesan sebanyak 10 jambangan  bunga  untuk diberikan kepada pelakon-pelakon utama teater tersebut  sempena  penutup pementasan berkenaan. Bagaimanapun, Deja Moss dikatakan cuba  memalukan Farahdhiya dan  Norish Karman di hadapan penonton dengan  merancang untuk menyerahkan  jambangan bunga tersebut kepada pelakon  lain kecuali dua pelakon  tersebut.
Farahdhiya  memberitahu semasa di pentas, pelakon Shajiri dan Tony  Yusof yang  menerima bunga berkenaan telah menyerahkannya kepada dia dan  Norish  tanpa menyedari ia bukan untuk mereka berdua.
Deja Moss"Kebetulan  pula ketika habis pementasan Deja berdiri di sebelah saya  dan saya  tanya pada dia, siapa yang beri bunga itu? Dan Deja kata, “saya  yang  beri”. Kerana tidak sedar dengan apa yang berlaku, saya terus  mengucapkan  terima kasih kepadanya kerana saya bermati-matian menyangka  Deja  memberikannya untuk saya. Kemudian, bila saya dan Norish berehat  di bilik bersama, tidak  sangka pula Deja menyuruh Tony mengambil  jambangan bunga itu semula  kerana ia bukan milik kami."
"Tak  ke nampak kelakar apabila Deja berkelakuan sebegitu? Sebenarnya  saya  tak rasa malu langsung seperti yang dia mahu lakukan. Tetapi saya  malu  melihat diri dia  yang berkelakuan seperti kanak-kanak. Saya tak sangka  dan terkejut, seorang pelakon senior buat macam itu.  Memang sejak  kejadian itu saya tidak lagi menghormati mahupun mahu  menegur dia,"  tegasnya yang dihubungi mStar Online.
"Memang sehingga kini saya berasa bingung dengan apa yang dia lakukan dan menganggap Deja sebagai TIDAK BERADAB.  Tambah pula, industri seni kita bukannya besar mana kerana kita  selalu  akan bertentang mata. Jika benarlah niat dia mahu malukan kami  berdua,  Tuhan maha adil. Deja boleh teruskan perbuatan itu tetapi bukan  kepada  saya." (Sumber: Star Online)
