Cilaka Punya Amerika, Lahanat Punya Obama!!


Berita terhangat TV malam ini pasti mengenai serangan penjajah Amerika terhadap Libya. Pagi tadi JR ada tulis mengenai serangan Amerika si-syaitan besar itu dalam entry JR.

america to attack libya

Sampai sekarang kemarahan JR kepada Amerika si-celaka dan si-lahanat tu masih belum reda. Senang-senang saja dia membuli negara Islam lain! Memang JR tak suka gaya kepimpinan Gaddafi, presiden Libya yang dah memerintah Libya selama 41 tahun itu. Gaya kepimpinan diktator di mana-mana negara pun memang tak patut menerima simpati sesiapa. Tapi bila si-syaitan besar Amerika cuba menyerang Libya kononnya untuk menggulingkan Gaddafi, JR tak boleh menerimanya! Cilaka Amerika, cilaka Obama, lahanat punya Amerika, lahanat punya Obama, senang-senang saja dia menyerang negara orang, cizzzz!!

Obama berkata Libya patut diserang kerana pemerintahnya menzalimi rakyat sendiri. Betul ke apa yang Obama cakapkan tu?

Jawapannya: TAK!! Ketika rakyat Tunisia dan Mesir memberontak melawan diktator Zine al-Abidine Ben Ali dulu, mengapa Amerika tak menyerang tentera Tunisia yang dipimpin oleh Zine al-Abidine? Mengapa? Kerana Zine al-Abidine itu rakan Amerika!!

Begitu juga bila rakyat Mesir memberontak melawan diktator Husni Mubarak, mengapa Amerika tak menyerang tentera Mesir? Kerana Husni Mubarak itu rakan Amerika!!

Begitu juga sekarang rakyat Bahrain dan Yaman sedang memberontak menentang pemerintah mereka. Mengapa Amerika tidak membantu rakyat Bahrain yang memberontak melawan Raja yang memerintah secara kuku besi itu? Kerana Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, diktator Bahrain itu adalah rakan Amerika!! 

Begitu juga di Yaman, mengapa Amerika tidak membantu rakyat Yaman yang sedang memberontak melawan pemerintahan diktator presiden Ali Abdullah Salleh? Jawapan yang sama: presiden Ali Abdullah Salleh adalah rakan baik Amerika!!

Dan Gaddafi diktator Libya itu sayangnya bukan rakan Amerika. Sejak puluhan tahun dulu dia sentiasa mengkritik Amerika. Jika Gaddafi menjadi rakan Amerika, dia pasti selamat seperti pemerintah  Bahrain dan Yaman sekarang!!

Oleh itu mana-mana pemerintah yang nak selamat, kena banyak-banyak menjilat punggung Amerika si-syaitan besar dan Obama si-lahanat tu....




Maaf, jika JR gunakan banyak bahasa kasar dalam entry ni, sebab JR memang sangat benci dengan polisi Amerika yang suka membuli negara-negara kecil ...

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments