Berita Utk Penganut Islam: Injil Dalam Bahasa Melayu Boleh Disebar


NONE



















JR tak faham dengan dasar kerajaan kita yang selalu berubah-ubah: mula-mula tak boleh, lepas tu  boleh pula, kemudian tak boleh balik, tapi lepas tu boleh semula. Sudah banyak kes yang macam ni, pening kepala aku!!

Ini cerita terbaru mengenai penyebaran kitab injil dalam Bahasa Melayu....setelah menerima tekanan pelbagai pihak, terutama dalam organisasi Kristian di negara ini berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menahan ribuan kitab Injil berbahasa Melayu, kerajaan sebentar tadi mengumumkan bersetuju untuk mengembalikan  kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Klang dan membenarkan ia disebarkan..

Dalam kenyataan medianya hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata tindakan kerajaan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal.

Bagaimanpun semua kitab berkenaan mesti dicop dengan tag “Untuk penganut agama Kristian sahaja”.

“Ini adalah satu kompromisi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini.  Kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1Malaysia,”  kata Idris.

Yang menjadi masalahnya wahai Datuk Seri, cop tak cop tak begitu penting, yang penting ialah isu penyebaran kitab itu kepada orang Melayu Islam. Bila ia ditulis dalam Bahasa Melayu, untuk siapa ia akan tersebar? Siapa yang akan membaca kitab Injil dalam Bahasa Melayu itu, orang Cina, orang India, orang Sikh atau orang Melayu? Jika kitab Injil dalam Bahasa Melayu itu dicop "Untuk penganut Kristian saja" soalnya ramai sangat ke orang berbahasa Melayu beragama Kristian di negara ini dan jika orang Melayu Islam yang membacanya, apakah mereka akan didakwa di mahkamah kerana ia untuk orang Kristian yang berbahasa Melayu saja?

Memang kita faham, pribumi Kristian Sabah dan Sarawak menggunakan Bahasa Melayu selain dari bahasa etnik masing-masing, tapi apa hal pula dengan pribumi di Semenanjung yang rata-ratanya beragama Islam?

Entahlah, nak ulas panjang-panjang isu ni pun ia sesuatu yang kompleks. Selain itu, takut pula ia menjadi sesuatu yang sensitif. Apapun, seseorang tu tak kan jadi murtad jika imannya kuat. Soalnya kuat ke iman orang Melayu yang terkenal dengan gejala dadah, rempit, buang anak, meragut dan lain-lain gejala negatif tu? 

Nota: Korang tau tak latar belakang Datuk Seri Idris Jala yang membuat kenyataan membenarkan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Melayu itu? Jika korang ingat dia beragama Islam kerana namanya Idris, korang salah!!

Sebenarnya Datuk Seri Idris Jala berasal dari Sarawak. Beliau dari suku kaum Kelabit  Bario dan beragama Kristian.

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments