Korang  pernah menari poco-poco? Ketika JR bertugas di sebuah agensi negeri  paling utara dahulu, staffnya digalakkan terlibat dalam tarian/senaman  poco-poco. Kononnya ia tarian/senaman yang ada unsur aerobik dan justru  sangat baik untuk kesihatan. Isteri JR bukan main minat dengan tarian  ini sehingga memiliki CD nya sendiri kerana agensi tempat dia bertugas menggalakkan tarian poco-poco  sebagai sebahagian dari aktiviti kesukanan mereka. 
Kini tarian poco-poco ini  begitu popular  di kalangan   masyarakat Islam terutama suri-suri rumah  dan staf agensi kerajaan ketika  manghadiri kursus.Malah kerap juga melihat menteri-menteri sendiri  terlibat dalam tarian ini seperti yang pernah ditonton di TV.

Mengikut  sumber sejarah yang JR perolehi, tarian poco-poco ini dikatakan berasal  dari Jamaica. Ia ditarikan oleh masyarakatnya yg beragama Kristian  ketika mereka    menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah  sahaja  bagaimana   pergerakannya yg membentuk salib itu, memang  terpancar ciri-ciri Kristianiti yang sangat kuat dalam tarian itu..Di  Asia Tenggara ia begitu popular di Filipina yang merupakan negara  Kristian terbesar di rantau ini. Kemudian ia di bawa ke Indonesia dan  sering menjadi tarian ketika upacara keagamaan di gereja-gereja di sana.
Kira-kira  10 tahun lalu, tarian ini mula dipopularkan di Malaysia. Dalam sekelip  mata ia popular di negara ini, terutama orang Melayu-Islam. Orang-orang  Melayu yang malas bersenam (ini pendapat JR saja...) sangat suka dengan  tarian ini, mungkin kerana ia dikatakan baik untuk kesihatan. Mereka  yang teruja menari tak  perasan dengan pergerakannya yang membentuk  salib. Maklumlah sifat tipikal Melayu  yang memang suka terikut-ikut   sesuatu yg bersifat baru   tanpa usul periksa......
Tapi  semalam JR mendapat tahu tarian dan senaman  poco-poco ini telah  difatwakan HARAM oleh Jabatan Mufti Perak. Alasan pengharamannya ialah  kerana, "ianya mempunyai kaitan dengan  kepercayaan agama (Kristian), juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang  menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama  Kristian". 
Salinan  surat pengharaman yang ditanda tangani oleh Mufti Perak, korang boleh  lihat di bawah:
Sebarkan maklumat ini......

