Sejak 2-3 bulan lepas, buka saja TV, singkap saja akhbar, tak ada cerita lain, kecuali cerita liwat, cerita air mani, cerita dubur, cerita bulu dan cerita DNA. Celaka betul, nak muntah aku dengan cerita-cerita meloyakan itu!!!
Semalam di TV dan hari ini di semua akhbar dah terbit pula cerita video sex lucah VVIP kononnya seorang Datuk Seri. Pengedar video sex lucah tu pula trio VVIP bergelar Tan Sri dan Datuk. Hebatnya orang Malaysia, hero video lucahnya Datuk Seri dan pengedar video lucahnya pula Tan Sri dan Datuk!!
Dan yang lebih hebat, Tan Sri dan Datuk yang muncul di TV untuk mempromosikan video lucah yang mereka keluarkan itu tak pula ditahan polis!! Cuba kita rakyat marhaen ni, pasti dah kena kejar polis bila muncul di khalayak mempromosikan video lucah. Tapi mereka Tan Sri dan Datuk, orang-orang suci bergelar yang akan sentiasa kebal dan selamat berlindung di bumi Malaysia yang penuh dengan cerita lawak ni.
Tan Sri yang mempromosi video lucah tu pula memang bukan sebarang orang. Dia dulu pernah menjadi Ketua Menteri di negeri Sang Kancil. Dia juga dulu adalah kawan baik susuk tubuh yang dikatakan hero video lucah tu. Tapi Tan Sri yang popular kerana banyak skandal sex dengan wanita Portugis, Cina dan Melayu itu dan terakhir sekali kes rogol budak 14 tahun akhirnya meletak jawatan sebagai Ketua Menteri. Dan kini dia menjadi penerbit video lucah pula, hebatnya dia dari Ketua Menteri jadi penerbit video lucah....
Adoooooooiiiiiiii, peningnya kepala JR dengan atmosfera politik Malaysia ni. Rasa meloya dan nak muntah mengingatkan kisah liwat, air mani, dubur, bulu serta DNA dan kini kisah video sex VVIP pula. Kadang-kadang JR malu dengan keluarga, malu dengan sanak saudara yang tertonton cerita-cerita sex yang maha busuk ini dalam berita TV. Malu...malu...malu...malu...malu....maluuuuuuuuuuuuuuu!!!
Sampai bila sandiwara busuk, hanyir dan meloyakan tekak ni nak selesai? Sampai Allah turunkan satu tsunami besar yang menghancurkan negara baru nak habis cerita-cerita meloyakan ni?
Kalau boleh lari, nak saja JR lari keluar dari Malaysia. Malu aku jadi rakyat Malaysia di mana pemimpin-pemimpin politik tak tau malu ni tak habis-habis bermain dengan cerita sex dan mempromosikan sex. Dah la hero video lucah tu mereka kata Datuk Seri pemimpin sebuah parti politik, pengedar video lucah tu pun pula adalah Tan Sri dan Datuk-datuk pemimpin organisasi politik.
Apa nak jadi dengan Malaysia ni? Aku malu jadi rakyat Malaysia, aku malu, sangat malu dikenali sebagai orang Malaysia yang pemimpin-pemimpinnya suka bercerita tentang sex dan tak malu mempromosikan video sex!!
Korang tak malu ke jadi rakyat Malaysia? Korang tak malu ke?