Jika JR tanya soalan ni jangan tersinggung tau? Soalan ni bertujuan baik!
Soalannya: bila tidur malam adakah korang menanggalkan pakaian dalam korang?
Ia  sebenarnya soalan serius, kerana ia berkaitan dengan tidur. Korang  pasti sedar, tidur bukan hanya sekadar istirahat, tapi jauh dari itu ia  juga adalah  proses  pembaikan pada seluruh organ tubuh. Ketika proses  pembaikan itu  berlangsung, sebaiknya beri kesempatan tubuh untuk  'bernapas' dengan....dengan...dengan   melepaskan pakaian dalam! '
Melepaskan  pakaian dalam' bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu  tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat  sensitif tu pasti korang bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari.  'Melepaskan pakaian dalam' bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju  dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi korang boleh pakai  pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.
Ketika  tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun  dari tubuh).  Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh  untuk  memproduksi hormon-hormon imunitinya.
Jika  tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran  racun dari tubuh akan tersekat. Jadi rugilah korang! 
Oleh  kerana  itu, sebaiknya ketika tidur korang dianjurkan untuk menggunakan  pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur,  sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja  tubuh dalam proses  pembaikan dan pengeluaran racun.
Bagi  wanita, sebaiknya tidak  menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney  Singer dan isterinya Soma  Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis  dalam bukunya 'Dressed To  Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras',  menasihatkan  wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus  memakai bra dalam  waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12  jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila  hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.
"Waktu   yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai  bra  ketika tidur. Jangan tidur dengan bra," kata Sydney Singer,  seperti  yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.
Menurut   Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu   jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon   prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang   lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser   payudara.
Selain  itu, terlalu kerap menggunakan bra atau  menggunakan bra terlalu ketat  juga membahayakan kesihatan kerana boleh  membatasi aliran darah ke  payudara.
Sedangkan  bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam  yang  longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk   memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan  menjaga kualiti sperma agar tetap baik.
Mengikut  kajian itu, alat reproduksi lelaki  berada di luar tubuh dan dengan itu  ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan  pakaian yang  digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar  dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat  reproduksinya   meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi  sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.
Testis  tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya  lebih sejuk dari  bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan  hingga 98 darjah F  (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma  terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?
Selain  itu,  tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem  pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya   tidur dengan mengenakan pakaian  dalam dapat membatasi aliran udara di  kulit dan mengganggu pengeluaran  peluh, terutama di bagian intim baik  pada wanita maupun lelaki.
Ingat tu, bila tidur jangan pakai pakaian dalam!! 


