Salmah Mentor 5 Itu Ibu Tunggal, Salah Ke?


Jika pun benar Salma Mentor 5 itu ibu tunggal, apa isunya? Ada syarat ke yang menyatakan  ibu tunggal, bapa tunggal, abang tunggal, kakak tunggal, nenek tunggal atau datuk tunggal tak boleh menjadi peserta Mentor?

Itu yang JR tak faham tu mengapa tiba-tiba status Salma yang kini merupakan calon favourite untuk memenangi Mentor 5 dipersoalkan. Kecualilah jika ada dalam syarat peserta Mentor mestilah anak gadis yang masih suci atau pria yang masih ada terunanya merupakan syarat, maka Salma yang dikatakan ibu tunggal itu hendaklah berundur. 

Atau jika Salmah pernah mengaku dia belum pernah berkahwin tetapi kini diketahui dia adalah ibu tunggal, justru ia boleh dipersoalkan. 

Tapi jika tidak, apa isunya?

Untuk seterusnya baca ini:


SHAH ALAM: Peserta Mentor musim ke lima yang juga protoge kepada Erra Fazira iaitu Salma,21, terkejut apabila soalan mengenai status perkahwinannya ditanya oleh pihak media sejurus selepas tamat rancangan itu Ahad, lalu.

Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis dikatakan seorang ibu tunggal beranak satu.
Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung status itu kerana bimbang akan mengganggu konsentrasinya dalam program tersebut.

“Selepas habis Mentor baru saya akan menjelaskan tentang perkara ini. Bagi mereka yang mengetahui tentang status saya, biarkan sahaja. Saya takut kenyataan saya nanti akan mengganggu fikiran,” kata wanita berasal dari Tawau, Sabah ini.

Salma bersama-sama mentornya, Erra Fazira.


Tambahnya: “Saya masih mempunyai keluarga di kampung dan banyak hati yang perlu dijaga.”
Pada konsert kedua kumpulan B itu, Salma menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 157 di mana pada konsert pertama dia mendapat 80 peratus dan konsert kedua 77 peratus.

Malah antara enam peserta yang bertanding dalam program tersebut, Salma turut mendapat markah paling tinggi setakat ini dan dijangka menjuarai Mentor 5 jika dinilai berdasarkan kepada undian yang diterima.

Juara Mentor 5 akan memenangi hadiah wang tunai RM100,000 masing-masing dan sebuah kereta Chevrolet Cruze untuk protégé.

(Sumber: star online)

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments