BABI Pun Dah Pandai Pergi Masjid

 


JR nak tanya korang: bila kali terakhir korang ke masjid? Pasti ada yang berkata Jumaat lepas mereka ke masjid untuk solat Jumaat. Bagus, masih ramai yang ke masjid setiap kali solat Jumaat. Itu bagi yang lelaki, yang perempuan pula bagaimana? 

Yang sedihnya ada yang berkata dia cuma ke masjid setahun 2 kali untuk solat Eidul Fitri dan Eidul Adha. Sedihnya!!

Berapa ramai pula yang menunaikan solat jemaah lima waktu di masjid/surau? Pasti tak ramai. Pasti JR percaya ada yang berkata dia tak pernah menunaikan solat lima waktu di surau/masjid kerana dia melakukannya di rumah walaupun dia tahu pahala mengerjakan solat secara berjemaah 27 kali ganda melebihi pahala solat bersendirian di rumah.

Bila pergi ke masjid/surau untuk berjemaah, pemandangan yang menyedihkan ialah kebanyakan yang datang berjemaah  ialah golongan veteran yang telah pencen dan golongan warga mas. Sedih!! Di mana orang muda?

Dan kerana manusia enggan ke masjidlah agaknya mengapa sekumpulan babi tiba-tiba memasuki Masjid Kampung Kangkong, Pasir Mas, Kelantan. Babi pun sudah pandai ke masjid??

Menurut berita yang JR baca dalam Sinar Harian, dalam kejadian pada jam 2 petang semalam kumpulan babi itu memasuki pekarangan masjid tersebut dari belukar berhampiran. Beberapa kenderaan yang melalui kawasan masjid itu tak sempat mengelakkan kumpulan babi tersebut dan terlanggar mereka sehingga menyebabkan ada babi yang hendak ke masjid itu tercedera dan berdarah. Mengikut Puan Faridah Harun, 55, darah babi-babi yang tercedera itu terkena lantai dan dinding masjid.

Imam Muda Masjid Kangkong, Mohamamad Nor berkata beberapa orang jemaah yang baru saja selesai bersolat Zohor telah menghalau babi-babi tersebut yang cuba memasuki ruang utama solat. Babi-babi itu kemudiannya lari meninggalkan kawasan masjid memasuki belukar berhampiran.

Begitulah kisahnya babi yang sudah pandai memasuki masjid. Mungkin babi-babi itu ke masjid untuk  menyindir orang Islam yang ramai di antaranya tak minat ke masjid. Ketika manusia semakin ramai menjauhi masjid, rupanya babi yang dagingnya haram dimakan itu tidak segan untuk ke masjid. 

Mungkin ramai yang tak mau ke masjid/surau tapi mereka terlupa akhirnya mereka akan ke masjid juga bukan untuk bersembahyang tapi untuk DISEMBAHYANGKAN!!

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments