Kempen Bakar al-Quran Bermula Lagi


Pastor Terry Jones
 
Kempen bakar al-Quran bermula lagi!! Paderi yang tidak menghormati toleransi beragama, Terry jones dikatakan akan mengadakan majlis bakar al-Quran pada 22 April ini.

Tak ada kerja lain ke orang tua ni? Kepala otak paderi ni lebih kurang sama saja dengan budak-budak tak ada akal di Malaysia yang pernah membakar beberapa buah gereja di Malaysia kira-kira 6 bulan lalu.
 
 
Di dunia kau bakar al-Quran,  nanti di akhirat kau pula yang dibakar!!
 
 
Baca selanjutnya berita yang JR petik dari Malaysian Insider:
 
GAINESVILLE (Florida), 3 April — Pemimpin gereja fundamentalis dari Florida, yang mengetuai kempen membakar al-Quran bulan lalu dan membawa kepada demonstrasi berdarah di Afghanistan, berdegil akan mengadakan protes lebih besar di masjid paling besar di Amerika Syarikat akhir bulan ini.
Rancangan itu dikhuatiri akan memburukkan lagi ketegangan yang dirasakan di beberapa bahagian lain dunia.
Laporan Reuters menyebut demonstrasi dua hari berturut-turut, semalam dan kelmarin, di Afghanistan termasuk tindakan menceroboh pejabat PBB telah menyebabkan hampir 20 orang terbunuh.

“Matlamat kami ialah membawa kesedaran mengenai elemen radikal yang ada dalam Islam,” kata Pastor Terry Jones dalam temu bual dengan Reuters di sini semalam.

Satu gambar naskhah al-Quran dibakar juga didapati dimuatkan pada skrin komputernya.

“Sudah pasti sesuatu yang sangat teruk melihat orang dibunuh atau terbunuh. Pada sebelah lain saya merasakan ia menunjukkan elemen radikal Islam,” katanya lagi.

Jones, seorang bekas pengurus hotel sebelum tukar kerjaya sebagai pastor, yang mendakwa al-Quran mendorong kegagasan berkata, dia akan meneruskan satu protes pada 22 April ini - di pekarangan masjid terbesar di Amerika Syarikat iaitu Dearborn, Michigan.

Beberapa pemimpin Kristian dan Islam di Amerika Syarikat juga mengecam jones dan gereja kecil Dove World Outreach Center yang mempunyai sekitar 30 ahli.

“Salah satu tragedi besar ialah gereja kecil ini menyebabkan kegemparan,” kata Geoff Tunnicliffe, pengarah World Evangelical Alliance International, yang menghimpunkan gereja evangelis dari lebih 100 negara.

“Soalan saya kepada dia (Jones), ‘Mengapa anda mahu memprovokasi orang kepada respons macam ini, dengan memang mengetahui apakah kesannya?” kata beliau.

Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dan kemudian menyelia pembakaran kitab suci itu yang dihadiri sekitar 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam.
Video yang menunjukkan naskhah-naskhah yang direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center.

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments