Rasukan Iblis: Anak Kak Limah Bakar Rumah


Bakar rumah: yang tinggal cuma sisa-sisa debu...

Yang JR nak ceritakan ini bukan sambungan filem arahan Mamat Khalid: Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ini kisah benar, kisah sedih yang menimpa Kak Limah yang tinggal cuma 5 kilometer dari rumah JR.

Sebuah rumah yang didiami oleh seorang ibu bernama Halimah Abdullah (Kak Limah) terbakar hangus dalam kebakaran yang berlaku malam kelmarin di Kg Alor Madi, Anak Bukit, Alor Setar. Ironisnya rumah itu dibakar oleh anaknya sendiri berusia 28 tahun yang merupakan seorang kakitangan kerajaan di mana rumah itu dikatakan bakal menjadi miliknya tak lama lagi.

Sehari sebelum insiden itu, anak Kak Limah meminta RM200 kepada ibunya tetapi si-ibu enggan memberinya. Enam jam kemudian si-anak yang berang kerana permintaannya tak dipenuhi bertindak seperti kerasukan iblis dengan membakar rumah ibunya itu. Mujurlah ketika itu Kak Limah telah dikeluarkan terlebih dahulu dari rumah itu oleh adik beradiknya yang lain. Jika tidak mungkin ibu yang berusia 50 tahun itu hangus bersama rumahnya.

Itulah hidup, kadang-kadang cuma kerana RM200 seseorang begitu mudah mendengar rasukan iblis lantas bertindak di luar norma manusia biasa.

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments