Tengahari tadi ketika bersendirian di rumah, JR TERtengok ("ter" kerana tak sengaja tengok) rancangan TV3: Melodi. Buka saja TV, terlihat satu temu bual wartawan Melodi dengan Datuk Siti Nurhaliza. Mula-mula wartawan Melodi tu mengusik Datuk Siti yang belum lagi termengandung. Lepas tu wartawan berkenaan beralih kepada cerita adik Datuk Siti bernama Siti Saerah, 26 tahun, pula. Siti Saerah juga merupakan seorang penyanyi, cuma dia tak sepopular kakaknya. Lalu wartawan itu bertanya Datuk Siti: benarkah Siti Saerah yang baru berkahwin 5 bulan lepas itu dah bersalin? Wartawan itu menyatakan gambar Siti Saerah yang sedang mendukung seorang bayi kini sedang beredar di internet, wartawan itu bertanya: bagaimana 5 bulan kahwin dah dapat anak?
JR kesian juga kepada Datuk Siti yang terkial-kial untuk menjawab soalan wartawan Melodi itu. Walaupun perkahwinan Siti Saerah akhir tahun lepas kabarnya tidak direstui oleh keluarganya (Datuk Siti sendiri tak hadir), tetapi sebagai kakak, pastilah Datuk Siti akan melindungi nama baik adiknya di depan wartawan.
Cuma dalam dok kesian dengan Datuk Siti, JR nak tabik spring kepada wartawan Melodi yang pandai memberi komen dan seolah-olah membuat andaian bahawa anak yang didukung oleh Siti Saerah itu memang anaknya. Itulah kelebihan orang Melayu - pandai mentafsir apa yang kelihatan dengan andaian mudah. Jika melihat seseorang itu mendokong anak, mudah saja mereka membuat andaian bahwa yang didukung itu adalah anak orang yang mendukung; walaupun dalam undang-undang tidak melarang sesiapapun mendukung anak sesiapa. Sedangkan yang didukung itu mungkin anak saudara orang itu, anak sepupunya atau anak jirannya. JR pun pernah mendokong anak orang lain, tapi kerana JR bukan selebriti, tak sesiapun pernah berkata yang didukung itu adalah anak JR!
Perangai orang Melayu ialah gemar membuat tuduhan dahulu, kemudian baru siasat (serupa dengan isu video lucah yang sedang panas sekarang). Mungkin selepas ini wartawan Melodi akan ke rumah Siti Saerah pula untuk mendapatkan kepastian....
Gambar-gambar Siti Saerah bersama bayi misteri yang menjadi kontroversi diambil dari satu rancangan TV7:
Gambar Siti Saerah dan suaminya yang dikahwini 5 bulan lepas...
(Sumber gambar: Izyan.com)