Apa Nak Jadi Nih..Makin Ramai Lelaki Melayu Jadi Pelacur??

Pelacur lelaki: mesti hensem dan gagah...
 
Apa nak jadi dengan Malaysia ni, maksiat ada di mana-mana? 
 
Memang JR pernah dengar sebelum ini istilah "anak ikan" iaitu pria kacak yang dijadikan boy fren wanita-wanita separuh umur, biasanya mak-mak Datin dan  Puan Sri. "Anak-anak ikan" ini biasanya hidup mewah kerana mak-mak Datin dan Puan Sri yang "membela" mereka menyalurkan banyak wang kocek untuk mereka.
 
Tapi inilah pertama kali JR dengar ada lelaki yang menjadi pelacur  di lorong-lorong belakang yang menawarkan khidmat sex untuk wanita hidung belang yang ketagih sex. Mengikut seorang yang pernah terjebak menjadi pelacur lelaki ini, kebanyakan pelacur lelaki ini adalah lelaki muda yang berusia antara 16-35 tahun dan berwajah hensem. Yang paling tak seronok didengar ialah kebanyakan pelacur lelaki ini ialah dari kalangan Melayu beragama Islam. Pendapatan mereka sangat lumayan kerana wanita-wanita hidung belang akan sedia membayar sehingga RM300 untuk satu khidmat sex. Ada yang mampu mendampingi hingga tiga wanita semalam, bayangkan pendapatan mereka boleh mengalahkan Menteri!!
 
 
Baca selanjutnya berita mengenai pelacur lelaki itu yang JR petik dari Bernama:
 
Kita biasa mendengar kisah pekerja seks perempuan tetapi bagaimana pula dengan pekerja seks lelaki?

Mungkin ramai yang akan menggeleng-gelengkan kepala, mengaku tidak tahu, kurang tahu atau berpura-pura tidak tahu malah mungkin ada juga yang tidak mahu ambil tahu.

Realitinya memang ada segelintir lelaki yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang dengan memperdagangkan dirinya dan lorong-lorong belakang antara lokasi popular di mana berlaku transaksi ini.

Ini yang dikongsi Roslan Hamzah, 52, yang memperkenalkan dirinya sebaga "Atok" dalam wawancara dengan Bernama di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lorong-lorong belakang di sekitar Kuala Lumpur termasuk Lorong Haji Taib bukan asing bagi Roslan atau "Atuk".
 
Sebahagian besar usia atuk antaranya dihabiskan di lorong-lorong belakang yang menjadi lubuk sumber pendapatannya.

Di lorong-lorong belakang jugalah atuk kemudian kembali menjejak insan-insan yang menjalani kehidupan yang pernah dilaluinya.

Tujuannya tidak lebih daripada memberi khidmat nasihat dengan harapan mereka dapat mengubah cara hidup mereka ke arah kebaikan yang lebih berinformasi jika pun ini mungkin tidak berlaku dalam masa terdekat.

Desakan hidup dan penyalahgunaan dadah antara punca yang mendorong golongan lelaki tersebut mencampakkan keegoan dan kehormatan diri serta agama dan dengan sengaja menjerumuskan diri ke lembah kealpaan.

Ada yang telah banyak kali memohon kerja tetapi tidak berjaya dan akhirnya menjadi pekerja seks untuk meneruskan kesinambungan hidup di Kuala Lumpur.

Dari segi pendapatan, ini kata atuk, "purata kalau muka handsome dengan tubuh badan muda, masih 'anak ikan', tak mustahil boleh dapat dua tiga ratus ringgit satu malam, satu pelanggan ke dua pelanggan, mungkin tiga?"

Usia mereka? Kata atuk ada yang semuda 14 tahun hingga 30 tahun!

"Mereka tak akan lebih daripada 30 tahun. Mereka juga lelaki tulen dan ada yang sudah berkahwin.
"Ada seorang lelaki yang atuk kenal, teman wanitanya yang dianggap sebagai isteri baru melahirkan anak dan dia masih buat kerja seperti itu. Tak kah berisiko apa yang dilakukannya?" soal atuk.

Menurut atuk sebahagian besar daripada mereka juga tidak akan melayan pelanggan mereka dalam keadaan normal.

"Dalam 50 orang, kita boleh kata 48 orang akan melayan kita dalam keadaan tidak normal," kata atuk.

Pekerja-pekerja seks lelaki, tambahnya akan mengambil dadah terutama syabu (ice) dan heroin atau setidak-tidaknya akan minum arak.

Ice adalah nama jalanan untuk dadah jenis methamphetamine yang popular di kalangan penagih dadah.

Bukan semua lelaki yang menjadi pekerja seks ini merancang berbuat demikian.

Seperti kata atuk, ada yang termakan bujukan kawan-kawan dan ada juga yang datang ke kota dari kampung untuk mencari pekerjaan.

Ada juga yang mungkin berfikir mereka masih muda dan itulah cara yang cukup mudah untuk mendapat duit.

Kebanyakan juga berkata mereka buat kerja itu secara suka-suka.

"Ini kisah yang atuk pernah dengar. Budak ini bila sampai di Pudu Raya, dia bertanya kepada orang yang salah, orang yang melakukan kerja-kerja itu.

"Mereka akan kata kalau nak senang hidup, nah ini caranya. Kau ada rupa....

"Mereka yang datang dari kampung ikhlas mahu mencari pekerjaan tetapi bila mereka dah dapat peluang buat macam tu, cara yang lebih senang dapat wang, tak payah buat kerja berat, hanya perlu melayan lelaki gay, mak nyah dan perempuan.

"Mereka ini lelaki biasa yang mempunyai naluri untuk berkahwin dan berkeluarga atau mahu mempunyai pasangan hidup secara sah atau tidak," kata atuk.

Siapa mereka?
Mungkin ada yang ingin tahu siapa pekerja seks lelaki ini, secara khususnya dari segi kaum? Menerusi kerja-kerja 'outreach' dan interaksi atuk dengan pekerja seks lelaki ini, jangan terperanjat jika dia menjawab "majoritinya Melayu"!
Menurut atuk, daripada pergaulannya dengan pekerja seks lelaki di sekitar Kuala Lumpur, dia mendapati ramai juga dari luar Semenanjung Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Thailand dan China terutama di pusat sauna.

Kalau pekerja seks tempatan, kata atuk ramai datang dari negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan.


Ditanya tentang bilangan pekerja seks lelaki itu, atuk berkata setakat yang dia tahu lebih daripada 100 orang.

Bagi atuk isu pekerja seks lelaki ini amat merisaukan.

Kata atuk, dia tidak bermaksud untuk membuka aib mereka tetapi golongan itu, perlu ingat bahawa tindak-tanduk tanpa informasi akan memberi kesan kepada orang di sekeliling.

"Ramai yang atuk jumpa kemudian muka-muka baru, yang atuk tidak pernah kenal dulu dan atuk tak pasti dari mana mereka datang. Ke mana pula mereka yang atuk pernah jumpa? Ke mana mereka?

Atuk turut berkata, dia pernah berkawan dengan seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang turut memperdagangkan tubuhnya untuk mencari wang tambahan.

Atuk juga pernah mengenali seorang tentera yang sudah beristeri dan melakukan kerja yang sama untuk mencari wang saku.

"Dia kata tak cukup dengan gaji," kata atuk.

Ada satu kesalan yang masih menghantui diri atuk. Katanya masih kurang usaha untuk membantu pekerja seks lelaki ini.

Atuk berkata, ada pekerja seks lelaki yang beranggapan mereka tidak berisiko untuk dijangkit penyakit. Tidak terfikir di benak mereka HIV/ Aids, penyakit kelamin atau hepatitis C.

Menurutnya, meskipun apabila mereka tidak melakukan lagi kerja-kerja itu tetapi mereka tidak tahu status kesihatan mereka.

"Simptom HIV bukan nampak hari ini, atuk sendiri simptomnya mungkin 7 atau 8 tahun baru nampak. Atuk boleh mengagak atuk dijangkiti HIV 17 tahun lepas kerana pergaulan atuk. Bila atuk jalani ujian pada 1996, atuk sah positif HIV," katanya.

Perit dengan apa yang telah dilaluinya selama ini, atuk kini ingin menghabiskan sisa-sisa usia yang masih ada untuk melakukan kerja-kerja kemasyarakatan.

Bagi atuk dia akan meneruskan khidmat baktinya sehingga ke hujung nyawa meskipun ada kalanya dia merasa sudah terlalu penat dengan apa yang dilakukannya.

"Atuk berpegang kepada ajaran Islam bahawa ajal itu sesuatu yang pasti. Kalau masanya sudah sampai ia tidak akan dipercepatkan satu saat atau diperlewatkan satu saat.  Atuk percaya jika kita masuk kelompok yang baik kita akan jadi baik. Jika kita masuk kelompok yang jahat, jadi jahatlah juga kita," tegasnya.

- Bernama

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments