Jika korang yang sedang membaca n3 ni ialah seorang lelaki, JR nak tanya sikit: berapa nilai rambut korang? Bila korang pergi gunting kat kedai gunting rambut tu, berapa tukang gunting tu bayar kat korang kerana telah "menjahanamkan" rambut korang? Jika tukang gunting tu tak bayar korang satu sen pun, tapi korang pula yang kena bayar kepada tukang gunting itu kerana "menjahanamkan" rambut korang, itu bermakna rambut korang tak ada nilainya!!
Ia berbeza dengan seorang lelaki dari Amerika bernama Troy Polamalu, 29 tahun. Polamalu yang bukan pemalu itu ialah pemain American Football untuk Kelab Pittsburg Steelers. Dia juga adalah model yang memperagakan rambutnya untuk iklan syampu Head & Shoulders di Amerika. Baru-baru ini, syarikat Procter & Gamble yang memiliki jenama syampu tersebut telah membeli polisi insurans bernilai USD1 juta atau RM3.025 juta untuk melindungi rambut Polamalu. RM3.025 juta nilai rambutnya bhai...bukan RM3.00!!
Rambut uniknya tak pernah mengganggu rutin hidupnya sebagai pemain bola
Jika ada wanita di luar sana yang perasan dirinya cantik dan mata duitan bolehlah menghubungi Polamalu di FB nya. Jika untung nasib dapatlah jadi isterinya. Rambutnya saja bernilai RM3 juta, bayangkan keseluruhan tubuhnya berapa nilainya?
Mengapa rambut Polamalu dinilai dengan harga yang begitu tinggi? Ini kerana rambutnya kelihatan sangat tebal, besar dan unik. Menurut Polamalu, rambut sepanjang 9 meter itu disimpannya sejak 10 tahun lalu dan tidak pernah dipotong.
Ada sesiapa yang teringin nak punya rambut seperti Polamalu? Apa macam Datuk David Arumugam Alleycat tak rasa tercabar ke?