Taj Mahal Punya Pasal, Daphne Peluk Islam...


Pengacara cun, Daphne Iking atau nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking mendedahkan  keputusan memeluk Islam dan berkahwin dengan suaminya  Joe (Azmi Abdul Rahman) dibuat pada  Disember lalu ketika melawat Taj Mahal di India. Majlis pernikahan kedua- dua mempelai itu berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halaman Joe di Penampang, Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat mereka. 


 Daphne & suaminya Joe

Kata Daphne ketika berada di Taj Mahal dia kagum melihat keindahan alam serta keunikan seni bina Islam di bangunan Taj Mahal tersebut.

"Dari keajaiban yang berlaku di sana saya dapat rasakan keinginan memeluk agama Islam dari dalam diri dan menjadi isterinya. Dia juga terkejut ketika itu," kata Daphne memberitahu Daily Chili.


 Tengok tu...betapa hebatnya penangan Taj Mahal!. Tengok keindahan Taj Mahal pun sudah terpikat dengan Islam!  Itu belum tengok lagi Masjid Biru di Istanbul yang kaya dengan seni bina Islam dan punya sejarah tersendiri bagaimana kota Kristian bernama Constantinople jatuh ke tangan Islam dan ditukar namanya kepada  Istanbul. Itu juga belum tengok lagi peninggalan tamadun Islam di Cordova, Granada dan kota-kota lain di Sepanyol. Jika Daphne melihat seni tamadun Islam yang sungguh hebat di banyak tempat lagi itu, JR percaya dia pasti semakin terpesona dengan Islam.

Salah satu senibina Islam menarik di Sepanyol

Taj Mahal pula apa yang JR tahu bukanlah lambang keagungan agama Islam. Ia cuma sebuah monumen  simbol cinta Shah Jehan, Maharaja India kepada isterinya Mumtaz Mahal. Selain dari lambang cinta, Taj Mahal juga dikenali sebagai lambang kezaliman Shah Jehan yang telah memaksa ratusan ribu pekerja membina monumen itu selama 17 tahun (1631-1648) sebelum disiapkan. Yang lebih memilukan JR, mengikut sejarah, ketua arkitek dan pembantu-pembantunya yang mereka bentuk Taj Mahal telah dikorek  kedua-dua biji mata mereka bagi memastikan tiada lagi bangunan seindah itu dibina di dunia!!

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments