JR tak heran jika yang tak faham hukum Islam tu ialah orang bukan Islam, kerana mereka sejak dari kecil kurang didedahkan dengan Islam. JR juga tak heran jika yang tak faham Islam tu ialah pemimpin-pemimpin politik, kerana politik kita lebih mementingkan kuasa dan bukannya agama. JR juga tak heran jika yang kurang faham agama tu ialah orang-orang biasa seperti JR yang bukannya dari sekolah agama.
Tapi JR tersangatlah heran jika yang tak faham agama ialah orang Jabatan Agama Islam sendiri yang merupakan tempat umat Islam merujuk hukum hakam agama Islam. Bagaimana pula agensi tempat kita merujuk hukum agama tapi tak faham agama?
JR kata Jabatan Agama Islam tak faham agama lepas membaca berita di bawah:
KUALA LUMPUR – Penganjur satu pameran di Kuala Terengganu yang bakal mengetengahkan artifak mistik seperti anak kerak, jenglot dan jin diminta membatalkan sahaja program itu memandangkan ia ditegah dalam Islam.
Setiausaha Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu sudah membuat ketetapan bahawa pameran seperti itu adalah haram sejak tahun 2007 lagi.
“Jawatankuasa Fatwa membuat ketetapan itu atas kepentingan tidak mahu lagi melihat umat Islam di negara ini terus disogok dengan perkara-perkara tahyul serta khurafat yang tidak mendatangkan faedah,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.
\
Pameran dikendalikan Dynasty Event Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kebudayaan Terengganu, Majlis Penggalakan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
(Sumber: Metro)
Sudah 4 tahun (sejak 2007) Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa pameran berunsur mistik adalah haram, Selalunya bila ada fatwa-fatwa sebegini ia akan dihantar kepada semua Jabatan Agama setiap negeri untuk tindakan. Anehnya mengapa Jabatan Agama Islam Terengganu boleh terlepas pandang dan sebaliknya sanggup pula bekerjasama dengan penganjur pameran mistik itu untuk mengadakan pameran berunsur tahyul dan khurafat? Orang-orang biasa seperti JR pun sangsi dengan pameran-pameran sebegini, tapi bagaimana pula Jabatan Agama pula sanggup bekerjasama menjayakan sesuatu yang bersifat tahyul dan khurafat?
Hmmm...patut la Ayah Pin tokoh mistik, khurafat dan tahyul Terengganu itu sampai kini belum dapat ditangkap.....