Tak perlulah JR tanya korang sama ada korang ada akaun e-mail atau pernah ber SMS atau tak, sebab kalau ditanya ia akan menjadi soalan yang paling bodoh pada tahun 2011 ni.
Petang yang macam nak hujan ni, JR nak tunjukkan kat korang mengenai satu survey bersama oleh Scholl of Economic London, Universiti Oxford dan Universiti Nottingham Trent mengenai penggunaan e-mail dan SMS di kalangan pasangan yang sedang bercinta dan pasangan suami isteri. Sesetengah finding dari survey tu agak mengejutkan:
- 1/5 daripada pengguna internet atau telefon bimbit pernah memeriksa e-mail atau SMS pasangan masing-masing kerana curiga dengan kesetiaan mereka.
- Mereka juga pernah memeriksa history lawatan pasangan masing-masing dalam internet untuk mengetahui sama ada pasangan mereka pernah berhubung dengan orang lain.
- 14% wanita pernah mengintip kandungan e-mail pasangan masing-masing, berbanding lelaki cuma 8% sahaja.
- 13% wanita pernah mengintip kandungan e-mail pasangan masing-masing, berbanding lelaki cuma 7% sahaja.
- 1% responden pernah menyamar sebagai orang lain untuk menguji kesetiaan pasangan masing-masing terhadap mereka.
Begitulah antara hasil kajian tersebut. Rupanya ramai antara kita tak percaya dengan kesetiaan pasangan masing-masing.
Amacam, korang selalu tak buat kerja mengintip dan menyamar nie?