Info Seram: Teh Ais Bahaya Untuk Kesihatan


Korang suka minum teh ais? JR sangat suka teh ais, malah boleh dipanggil hantu teh ais!! Bukan saja JR suka pilih teh ais bila minum di luar rumah, malah kat rumah pun kerap juga buat teh ais. Tapi baru hari ni JR tau rupanya teh ais tak baik untuk kesihatan...alamak!!

















Di balik kenikmatannya, teh ais rupanya  menyimpan bahan yang berpotensi merugikan kesihatan. Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mendapati teh ais jika diambil berlebihan boleh meningkatkan risiko mendapat batu karang yang seterusnya boleh merosakkan buah pinggang. Ini kerana teh ais mengandungi ramuan tinggi oxalic acid, salah satu bahan kimia utama yang memacu pembentukan batu karang. “Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang, perlu ingat teh ais boleh menjadi minuman terburuk,” kata Dr John Milner, penolong profesor Departemen Urologi, yang terbabit membuat ujian itu.

Milner juga seterusnya menyatakan, teh panas juga menyimpan efek buruk yang sama. seperti teh ais Tapi memandangkan teh panas jarang diminum dalam kuantiti yang banyak seperti teh ais, ia kurang berbahaya...

Milner dalam hal ini menyarankan teh ais digantikan dengan minuman lain,yang terbaik ialah air putih, atau mencampurkan teh dengan air limau. “Lemon kaya kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu karang,” kata Milner.

OK, korang nak minum teh ais lagi ke lepas ni? Apa, nak minum teh tarik pula? Teh tarik lagi la bahaya dari teh ais, kandungan susu dan gula yang tinggi di dalamnya boleh menyebabkan mereka yang mengamalkan minuman beracun ni  pada usia 20an mendapat  diabetik pada usia 30an dan pada usia 40an sudah hilang sebelah kaki!!

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments